BEN ASHAARI

Wednesday, August 8, 2012

KARI AYAM PENCEN DENGAN REBUNG MADU.

rsz_dsc_6894
Petang semua, plan berbuka apa ni hari?...Mat pun macam tatau lah nak makan apa, kalau dapat yang simple2 dan cepat dimasak. Sejak2 ni malas betul lah nak masak, kalau dapat nak siapkan awal je semua kerja. Entri kali ni mat kongsi lauk yang mat masak semalam untuk berbuka. Mat guna ayam pencen dalam 1/2 ekor, tapi ayam dia bersaiz agak besar. Dan kebetulan ada rebung madu, tapi tak banyak dalam 3 batang kecil dan mat telah kerat2kan (rebung ni beli memang dah siap rebus). Rebung madu kalau nak masak kita perlu kelar2 macam anda nampak dalam gambar di atas tu. Itu pun kak ipar mat ajar, sebab dia kan orang Kedah, jadi dah biasa masak rebung madu. Rasa dia sedap dan memang ngam bila dimasak kari samada dengan ayam atau daging. Sedap dimakan dengan nasi, roti jala atau pun roti benggali. Kita lihat resipi yea dan sebab ini ayam pencen mat masak guna pressure cooker..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam pencen, potong ikut suka, cuci berish dan toskan
Rebung madu secukupnya (yang ni anda agak2 lah nak guna banyak mana)
Beberapa biji ceri tomato
3 camca besar penuh rempah kari
2 camca besar cili kisar
1 keping asam gelugor
400 ml santan
Garam dan gula secukup rasa
1 kiub pati ayam (optional)
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 batang serai, dititik
2 tangkai duan kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan kisar halus dengan rempah kari, kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk tekanan, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, masukkan bahan kisar + rempah kari, kacau rata dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata, masak hingga ayam kecut. Tuang air hingga ayam tenggelam. Masukkan asam gelugor, kiub pati ayam (jika guna) dan sedikit garam. Tutup periuk tekanan dan pasangkan injapnya. Bila periuk tekanan mengeluarkan bunyi berdesir, kecikkan api dan masak selama 20 minit. 
  3. Kemudian matikan api, angkat periuk tekanan ke dalam sinki dan lalukan air paip atasnya hingga tiada lagi bunyi desiran bila injap diangkat. Buka tudung periuk tekanan dan salin kari tadi ke dalam periuk biasa.
  4. Masukkan rebung madu dan masak hingga rebung empuk sedikit. Tuang santan, kacau rata dan biar mendidih, kacau sekali sekala. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap, dan boleh matikan api. Boleh hidangkan untuk berbuka puasa...
CATATAN MAT GEBU :- Anda boleh guna ayam daging untuk gantikan ayam pencen, atau ayam kampung juga sedap. Kalau takde rebung, ganti dengan kentang pun sedap. Bolah tambah tomato atau lobak merah jika anda suka...

3 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam CM...amboi menariknya kari dia. tgk ada telur lagi tu.rasa nak ceduk je seketul..hehe

faa.rosli said...

uishhh sedap dpt ratah ayam pencen ni..hihi

Amie said...

Dua2 sedap Mat... ayam pencennya dengan rebung madunya!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.