BEN ASHAARI

Sunday, August 12, 2012

BISKUT SEMPRIT PELANGI..

rsz_dsc_7148
Assalammualaikum, anda sehat? Dah berapa jenis buat biskut raya?. Bila nak raya, bukan lah niat kita nak berlawan2 sapa buat biskut paling banyak. Cuma untuk memeriahkan hari raya tu saja disamping bertukar2 idea antara satu sama lain. Kang bila ada orang2 bijak pandai baca aku tulis ni, terus timbul pulak isu2 agama pasal malam2 terakhir Ramadhan. Tapi benda2 makan ni kita buat untuk dijamu pada tetamu, memuliakan tetamu itu pun dituntut dalam Islam, betul tak?.. Siang tadi mat buat 2 jenis biskut, semua yang jenis senang2 belaka. Macam mat kata sebelum ni, mat nak buat biskut yang gentel2 dan tekan2 saja, malas leer nak buat yang berhias bagai, kerajinan makin kurang sangat. Ada satu dua yang berhias tu pun tatau lah pesal jadi terajin sikit. Untuk entri ni mat share biskut semprit pelangi yang mat nampak Puan Azlita buat di sini. Terus mat salin dan tunggu masa nak buat, jadi hari ni terlaksa sudah. Buat dia mudah tapi anda kena cermat. Biskut semperit sering dihidangkan pada hari raya sejak zaman dulu lagi, kira biskut tradisilah kan. Ok kita semak resipi yang mat salin dari blog Masam Manis...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram mentega (mat guna SCS)
150 gram gula aising, diayak
1 kuning telur
250 gram tepung red rose (boleh guna tepung gandum)*
150 gram tepung kastard*
30 gram tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh esen vanilla (mat guna 1/2 camca teh esen rose)
Pewarna makanan pilihan anda (mat guna merah jambu, hijau, kuning)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula aising hingga mesra, masukkan kuning telur dan esen vanilla, putar sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung2 yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis dan bancuhan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
  2. Bahagikan kepada 3 bahagian sama banyak dan letak pewarna pilihan ada untuk setiap bahagian dan adun rata setiap warna. Ambil sedikit setiap doh yang bewarna, masukkan ke dalam alat penekan biskut semprit dan tekan dalam dulang pembakar 2.5 cm setiap satu. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 - 20 minit atau hingga masak. Biar sejuk sekejap dalam dulang pembakar, dan alih atas jaringan. Bila biskut sejuk boleh simpan dalam bekas kedap udara..

10 comments:

Nina Mirza said...

amboi ~~ Colourful gituu...
nak sikitt>>>>
hhehee

huahua said...

http://peaceder.blogspot.com/.. follow me back

Zie said...

saya buat yg biasa tu jew.. tak der warna warni pun

Zie said...

saya buat yg biasa tu jew.. tak der warna warni pun

Gieyana said...

MenRiknya Mat..:-)

mummy Ayda said...

Salam. Mat, cantek. Nye. Samperit tu so colorful, mummy mohon share ye Mat
Nanti Nat buat. La. . . Thanks Mat

Makngah said...

As slm cik mat..makngah dah siap bancuh dah ni..insyaAllah, jadilah membtk rupanya kejap lagi.. :-)

HiKaru said...

Assalam, En.Mat. Saya pernah buat semperit mcm ni.. tp bila dibakar, dia jadi mengembang 3 kali ganda. So, bentuk tu jadi tak lawa. Kenapa ek jadi mcm tu? Adakah kualiti biskut depends kepada suhu oven/perkara lain?

zati said...

Salam En.Mat, kalau saya buat biskut ni x pakai butter tapi pakai planta..xpeke?ke ada beza?

Kamarul Ariffin Nordin said...

En mat, mohon PKI resepi yer....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.