BEN ASHAARI

Friday, August 3, 2012

AYAM MASAM MANIS ALA THAI

rsz_dsc_6509
Salam semua, ini je yang mat masak untuk berbuka semalam(untuk mat gebu..) masak yang lain ada juga, tapi untuk yang lain. Tekak tak berapa nak bess, jadi nak makan yang masam2, pedas2 sikit dan berperisa. Sebenar hari ini mat plan nak buat biskut raya, tapi masa sahur tadi dah pekena ubat batuk, lepas subuh sambung tidur...sekali kan....kan...kan, jam 10.30 pagi baru sedarr!!....huhu, mood semua sudah down, maka tak jadilah niat ku untuk menggentel kukis. Jadi ni pagi yang agak blurr ni mat pun update blog, tapi publish masa yang anda lihat tu lah, kira auto post..bukan auta post yeaa. Mat sebenarnya tatau nak letak nama resipi ni, tapi ok lah kan nama macam kat atas tu, nak kata sweet sour pun ok, ala2 tomyam pun boleh. Mat sebenarnya main masukkan apa yang ada, nenas, rebung, cpasicum, semua campur sekali, dari segi rasa macam mana pulak?..Kalau pada tekak mat yang tak berapa nak selesa ni opkos lah sedap, sebab ada rasa masam, manis, pedas dan  lemak2 masin. Ok resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping dada ayam, ambil dagingnya dan potong kiub
1/4 bahagian traffic light capsicum, didadu
1 cawan nenas yang telah didadu
1 cawan hirisan rebung
1 biji bawang saiz sederhana besar belah 6
6 biji cili padi merah thai, dibelah 2 setiap satu
3 ulas bawang putih, dititik
1 inci halia, hiris
1 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
1 camca besar pes tomyam
1 camca besar sos cili
Sos ikan secukup rasa
Sedikit gula
3 biji limau kasturi, ambik jusnya
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minya dalam kuali, tumis halia, serai dan bawang putih hingga harum, masukkan pes tomyam dan sos cili, kacau rata dan tambah cili padi. Masukkan daging ayam, kacau dan masak hingga daging ayam berubah warna. Tuang sedikit air.
  2. Masukkan rebung dan nenas, gaul rata dan masak sekejap. Tambah daun limau purut dan masukkan traffic light cpasicum, kacau rata dan tambah sos ikan secukup rasa, jus limau kasturi dan secubit gula. Masak hingga pekat, boleh matikan api. Hidangkan untuk berbuka puasa.

3 comments:

micasamawar said...

salam ramadhan en mat gebu,
hurmm...bese la time2 pose gini anak tekak ni memang jadik kreatif. pe pun tak kisah janji sedappp,erkkk...hehe

Mat Gebu said...

@ micasamawar - salam juga puan....kannn, kadang telur goreng dengan kicap pun dah sedapp..

* FAR * said...

salam ramadhan mat gebu..
resepi MG memang meletop.. tq for sharing..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.