BEN ASHAARI

Thursday, August 2, 2012

AYAM MASAK KICAP LADA HITAM..

rsz_dsc_6460
Yang ni satu menu kesukaan orang2 kita, tak kiralah budak2 ke, abang budak, mak budak atau pak budak. Tapi kalau tak suka itu lada hitam, nko lambakkan kicap je sudah lah..jangan banyak komen. Kita masak yang utama sekali ada orang nak makan, kalau masak bagai, tapi tak sapa nak makan pun nak buat apa kan. Resipi ni juga sesuai untuk bersahur, kena dengan nasi panas, hmm sahh laku punya lah. Mat tambah juga kentang dan lobak merah yang telah ku bentukkan munga...cekci kann...haha. Saja lah suka2, ingat benda2 makan pun tak payah nak lawa ke?..Perlu juga banggg...baru meleleh nak makan, kalau serabai jeee...luu ingat boleh stimm ke?. Ok lah resipi senang teramat sangat seperti berikut dan mat guna kurang lebih 7 ketulan ayam, tapi mat tulis untuk 1/2 ekor nya resipi ok....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 biji kentang, kupas dan dadu besar2, rendam
1/2 batang lobak merah, potong kiub atau ikut kreativiti anda
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 biji cili merah, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1 inci halia, hiris nipis
1 batang leek, dikerat pendek
1 1/2 camca besar sos lada hitam (mat guna jenama Puteri)
5 - 6 camca besar kicap manis
1 camca besar kicap pekat
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul ayam tadi dengan sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap sekejap dan goreng dengan api sederhan tapi jangan sampai garing, biar lembap2 sahaja. Angkat dan toskan. Kemudian goreng pula kentang hingga perang keemasan, guna api kecil. Angkat dan toskan.
  2. Dalam kuali yang sama, tinggalkan sedikit minyak, tumis bawang putih, leek dan halia hingga harum, masukkan sos lada hitam, kacau dan tuang sedikit air. Masukkan lobak merah, kicap manis dan kicap pekat, kacau rata dan tambah ayam.
  3. Gaul hingga rata dan masukkan bawang besar dan cili merah, masak hingga bawang lembut sedikit. Jika suka berkuah, boleh tambah sedikit lagi air. Boleh angkat dan hidangkan bersama nasi hangat...


5 comments:

kakchik@ella said...

sedapnyaaaaa

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sedapnye CM..kegemaran anak saya ni

ckLah @xiiinam said...

Makan dengan nasi ambeng pun sedap ni....macam masak semur (Jawa)

* FAR * said...

anak2 sy suka ni taw..

Sari Yusa Ibrahim said...

peliknya husband sy tak suka :-(

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.