BEN ASHAARI

Tuesday, July 24, 2012

UDANG MASAK LEMAK CEKUR...

rsz_dsc_5757
Assalammualaikum, salam semua, selamat dah kita menjalankan ibadah puasa untuk hari ke-4. Apa juadah berbuka anda hari ni?. Mat masak yang ringkas2 saja. Ada juga buat roti jala dan kari sardine, yang tu entri nanti2 ok. Untuk malam ni mat letak entri udang masak lemak cekur. Ia cuma masak lemak biasa tapi mat letak isi cekur dalamnya. Dan mat guna timun, dan timun kali ni mat guna jenis timun kecik, atau baby cucumber, comey2 je. Kalau anda nak guna belimbing pun sedap. Sebenarnya itu plan asal, tapi Bak kata, letak timun, belimbing masam...Baekk lah, patik hanya menurut perintah, timun pun timun lah janji nak makan. Udang pula mat guna jenis udang putih bersaiz besar, harga ada sikit mahal dari udang kaki merah, sekitar RM 50+ per kg, tapi mat beli 1/2 kg saja, yelah penduduk rumah kan tak ramai, lagi pun seorang makan sekor jadi lah, makan masa berbuka saja. Malas lah kalau ada lauk2 yang bertepek tak habis, rimas. Jadi kalau masak lebih, mat bagi kat anak2 buah. Ok, kita lihat resipi mudah ini...Jommm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 kg udang bersaiz besar (kurang lebih 8 - 9 ekor) 
7 - 8 biji timun kecil (baby cucumber), belah 2 setiap satu
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
3 biji buah keras
1/2 inci belacan
2 inci isi cekur
2 helai daun cekur
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibuang kaki2 kecilnya, gunting muncung tajamnya dan buang kotoran di kepala udang, buat hingga siap, cuci bersih, tos dan masukkan dalam periuk bersama serai titik dan bahan kisar halus. Jerang atas api hingga mendidih dan udang bertukar warna. 
  2. Tuang santan cair, kacau rata dan biar mendidih. Masukkan asam gelugor. Tambah timun dan biar mendidih. Masuk pati santan, tambah daun kunyit dan kacau rata, biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu.
  3. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga timun lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain..

5 comments:

Shahriah Abdullah Novelis said...

Sambil taip terus melelehhhhhhhhhhh.. adehhh... TSCMG aiii sampai tak sempat beri salam dah ni... Assalammualaikum... TATA!

Sari Yusa Ibrahim said...

wawawawawa, dia punya udang mesti kalah tapak tangan CMG, huhuhu.

eyeyou said...

huby suka cekor, mesti buat hujung minggu ne..

Lieya said...

Lama tak menyinggah.. Selamat berpuasa...

zuwaidah said...

dapat seekor pun dah kenyang dah nih