BEN ASHAARI

Friday, July 20, 2012

TEKAK TAK OK, KITA MAKAN TOMYAM..

rsz_dsc_5477
Salam, payau je tekak ni, sakit dah kurang sikit. Jadi pagi tadi mat plan nak buat tomyam, nak bagi dia rasa masam, pedas kena kuranglah takut kang sakit tekak jadi serius balik. Mat guna ayam, 2 kepingan besar yang bahagian peha, kasi potong kecil. Ini tomyam mudah yang mat pasti semua orang boleh masak. Cuma guna 2 kiub tomyam Maggi. Selalunya mat guna jenama LIFE, tapi kehabisan stok pulak. Hmm, takpe lah janji ada rasa tomyam. Untu sayuran tu anda boleh letak apa yang anda suka, tapi kebiasaannya cendawan, saleri, tomato dan lobak merah yang kerap digunakan. Ada juga yang lerak putik jagung. Daun limau purut, lengkuas dan serai ialah bahan utama, mat juga tambah kan sedikit halia yang ditititk. Tak lupa daun ketumbar, kalau dapat gunakan sekali dengan akar2nya. Untuk rasa macam mat selalu gunakan jus limau kasturi, ada yang guna limau nipis, tapi mat lagi suka limau kasturi, kerana  rasa masamnya agak harum. Sedap dimakan begitu sahaja atau dihidangkan bersama nasi. Mat rasa ini juga sesuai untuk berbuka dan bersahur. Ok kita lihat resipi mudah ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, potong kecil atau ikut suka, cuci bersih dan toskan
2 kiub tomyam Maggi
1 kiub pati ayam (optional)
4 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
7 - 8 biji cili padi merah thai, dititik*
1 inci halia, dititik*
2 batang serai, dititik*
4 helai daun limau purut*
1/2 inci lengkuas, dititik*
1/2 batang lobak merah, potong berbaji atau ikut suka
10 kuntum cendawan butang dalam tin, cuci dan toskan
1 batang saleri, kerat pendek
1 biji tomato didadu besar
1 pokok kecil daun ketumbar
Sedikit gula dan garam (jika perlu)
Air secukupnya (anggaran 2 liter)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan. Masukkan semua bahan2 bertanda (*). Tambah kiub tomyam dan kiub ayam (jika guna), biar mendidih perlahan. Masukkan ayam, lobak merah, saleri dan cendawan. Kacau perlahan.
  2. Masak hingga ayam masak. Tambah serbuk lada hitam, daun ketumbar dan tomato. Perasakan dengan sedikit gula dan garam, jika perlu. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, letak sedikit dahulu dan rasa jika anda suka masam lebih, tambah lagi.
  3. Hidangkan dengan menabur hirisan daun ketumbar. Sedap dimakan panas bersama nasi atau pun begitu sahaja...

11 comments:

ibh_sue said...

Aslmkum Cik Mat
Kalau tekak payau memang sedap mkn ala masam2 gitu.
Sedap tomyam cik mat tu..

Selamat berpuasa ya Cik Mat :)

QasehnyaRania said...

menyelerakan :)
tomyam my feberet:)
selamat berpuasa CMG

ummi_norseha said...

sedap2..esok ibu bt untuk berbuka..salam ramadhan dr ibu ummi..:)

sury_masury said...

Semoga tekak cepat sihat balik....selamt berpuasa buat cmg sekeluarga:-)

mimie kesuma said...

cepat sembuh ye che mat....
puasa2 tekak sakit...hadoiiii... ^^
tp tak pa che mat, sakit itu menggugurkan dosa2 kecil....:)

selamat menyambut ramadhan buat che mat dan keluarga..

selamat berpuasa.....

Encik Zaharin said...

Selamat berpuasa cikmat .. Moga diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah di bulan mulia ni.
Menyelerakan sungguh tomyam tu

pena rozie said...

Selamat Menyambut Bulan Ramadan &
Selamat Berpuase...

Mat Gebu said...

Waalaikumussalam, terima kasih dan selamat berpuasa juga...

CikOdah Gebu said...

selamat berpuasa kelihatan enak tomyamnya tu

Liza @ Adzriel AB said...

anak sulung request tomyam le pulak utk buka puasa. nak try resepi MG pulak.

::ifla:: said...

kalau xde serai n daun limau purut jadi x,hehe.sb skg ad kt turki xjumpa bhn2 tu..ade pes tomyam je bwk dr malaysia

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.