MI GORENG SEAFOOD...

rsz_dsc_4948
Salam semua, dah makan?.. Hari ni macam malas nak masak. Bonda pun berpuasa, jadi mat pagi tadi buat mi goreng seafood saja. Cuma guna sotong dan udang. Kalau ada fishcake atau fish ball pun boleh dimasukkan sama. Mi kuning pun baki mat buat mi rebus muar dulu, tapi mat simpan dalam freezer, tadi panaskan dalam mikrowave, cuci dan toskan. Mat goreng pulak. Masak dia mudah sahaja, main campak2 dan lebur2. Mat guna kicap manis dan sedikit kicap pekat. Mat tambah juga sedikit sos tiram. Tapi kan...huhu, tukang masak cuma boleh rasa2 macam tu saja, tak leh makan..takut gatal, sotong tu power lah, sekejap je kang rasa miang2 kat telinga. Selain untuk sarapan, juga sesuai untuk minum petang..ok kita semak resipi...tapi sebelum tu, betul ke Putrajaya ada Pontianak?....di sini....huhu...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram mi kuning, cuci dan toskan
Sotong secukupnya, dibersihkan dan potong (yang ni agak2 lah yea)
Isi udang secukupnya, dibersihkan (agak2 juga)
1 cekak kucai, potong pendek
2 genggam taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
1 keping tauhu keras, dadu kecil, goreng dan toskan
2 biji telur, dikocok sedikit
1 kiub pati ayam (optional)
1 camca  besar sos tiram
2 camca besar kicap manis
1 camca teh kicap pekat
1 1/2 camca besar cili kisar (boleh kurang atau lebihkan)
5 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, cincang halus
Sedikir air
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah sos tiram, kiub pati ayam dan juga kicap pekat. Kacau rata.
  2. Tolak ketepi kuali, masukkan telur dan bila telur sedikit mengeras, kacau telur tadi dan gaul rata. Masukkan udang, sotong, tauhu goreng dan kicap manis. Gaul rata dan tuang sedikit air (anggaran 1/4 cawan).
  3. Masukkan mi kuning dan gaul hingga rata. Tambah taugeh dan daun kucai, gaul lagi hingga semua mesra. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang, hirisan cili merah dan belahan limau kasturi sebelum dihidangkan....

Post a Comment

8 Comments

  1. Laju je Love kemari! Ahhh penat berlari...mintak segelas air bersama mee goreng yang betul2 mengancam tu ye CMG :)

    ReplyDelete
  2. alamakkk , tgk mee tu gulpp , telan ailio la PCM , dh la tak lunch td .. tggu Q siasat pasal pontianak tu :p

    ReplyDelete
  3. antara specialty aku juga kalau bab-bab mee goreng ni...anak2 pun sukaaa...janji bahannya cukup...

    ReplyDelete
  4. As'kum CMG tulang masak tersohor meleTOP! waduhhh mee goreng ala2 macam CMG buat ni memang terbaik! kalau beli kat luar memang tak dapat cenggini guper.. ngencess petang2 ni tau...

    Psstt dulu masa akad Pak Habibi tembaBOM i tu tak pitam dan pengsan cuma kecurr aje tengok aii awww.. *mood gedikz* hehehehe

    ReplyDelete
  5. sedapnye CMG...berair mulut dah ni...

    ReplyDelete
  6. saya yang tak makan mee kuning ni pun meleleh2 air liur nengok mee goreng ni..

    ReplyDelete
  7. kalau tak letak kicap pekat ok kan?? :)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.