KAK IDA...BUKAN SEBARANG BLOGGER..

(Gambar Ihsan dari Blog Koleksi 1001 Resepi...Terima Kasih)

Assalammualaikum, baru berkesempatan untuk menulis entri cerita hari Khamis lepas (5.7.2012). Kadang2 hidup ini penuh dengan kejutan. Dan begitu juga yang terjadi pada mat pada Khamis lepas (xceli mat dah diberi tau menerusi e-mail). Bila mana kami menerima kehadiran Kak Ida dan suami, puan punya blog 1001 Resipi di sini. Berbesar hati kami menyambut kedatangan Kak Ida. Kalau tanya mat, Kak Ida ni orang nya macam mana. Serius kata, first impression yang mat nampak, raut wajah keibuan yang sejuk dan nyaman, nampak tenang dan dalam masa yang sama ada alur ketegasan..tapi cukup ramah, berfikiran terbuka dan berpandangan positif (itu pandangan dari mata Mat Gebu). Satu yang mat puji, idea Kak Ida di blog beliau, yang bijak mengolah satu2 produk makanan pada satu sajian yang agak berbeza. Kalau anda jumpa secara peribadi, mesti anda juga setuju dengan apa mat tulis....

Terima kasih dari kami sekeluarga untuk Kak Ida dan suami (yang begitu ramah, low profile dan ibarat kata bonda, tiba2 macam dah lama kenal sebab seronok berborak). Dan  Pie Maker yang bess tu serta buah tangan yang lain juga. Minta maaf jika ada terkasar bahasa dan perbuatan. Maklumlah mat gebu ni bila syok berborak, ada kala terbabas dari landasan. Sebab sedap sangat bercerita macam2 pekara sampai mat sendiri terlupa nak ambik gambar Kak Ida dan suami, huhu.. Tu yang kat atas mat pinjam dari blog Kak Ida. Serangkap pantun sebagai penutup bicara..


ANAK CINA MENCARI LOKAN,
LOKAN ADA DI TANJUNG TUAN,
SERIBU KASIH KAMI UCAPKAN,
PADA KAK IDA ATAS KESUDIAN.

Post a Comment

6 Comments

  1. rasanya awal tahun yg lepas saya jugak ada bertemu dengan Kak Ida dalam satu blog award event tapi segan nak tegur hehe

    ReplyDelete
  2. @ adza - Loo, sama lah kita, penyengan jugak, cuma kalau dah warm up terus jadi muka tak malu...hehe

    ReplyDelete
  3. salam mat dan juga adza,
    terima kasih daun keladi, jika boleh kkida nak datang lagi...boleh ke mat?...nanti kkida nak turun je JB lagi...nak hangkut anak2 kkida ke branded shopping outlet kat kulaijaya tu...hehe...thanks kerana layan kkida dan hubby dengan mesra...kkida memang gumbira sangat...salam buat bonda dan ayahanda mat juga buat abang mat...:)

    ReplyDelete
  4. @ kkida - silakan.....

    MERDU INDAH BUNYI IRAMA,
    PENULIS AGUNG EMPUNYA KARYA,
    DENGAN IKHLAS KAMI TERIMA,
    JIKA KAK IDA SUDI APA SALAHNYA

    ReplyDelete
  5. pandai mat berpantun...:)

    Insyaallah jika panjang umur kkida akan sampai lagi ke sedenak satu hari nanti...

    ReplyDelete
  6. Seronok tgk sama2 blogger berjumpa.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.