BEN ASHAARI

Monday, June 4, 2012

SUP RINGKAS UNTUK TEKAK MERAGAM..

rsz_dsc_1427
Malam semua, nak share masakan bagi tekak2 yang meragam. Maklumlah, sekarang ni musim orang tak berapa nak sehat, yang demam lain, sakit tekak lain. Bila keadaan macam tu, nak makan pun bukan boleh semua masakan kita ok, kalau mat lebih gemar sayur macam kat atas tu. Tumis air petola manis dengan cendawan tiram. Memang biasa tapi kalau terkena dengan selera anak tekak, ia akan jadi luar biasa. Kebiasaannya, kalau masak petola, kita akan bubuh sedikit lada hitam, seperti mat kerap tulis dalam entri2 lepas, petola ni berunsur sayur sejuk, jadi bila ada lada hitam, ia akan lebih seimbang, lada hitam panas dan hangat. Mat letak cendawan tiram dan soo hoon. Sebelum makan tu tabur lah sedikit hirisan daun bawang serta bawang goreng, benda2 macam tu tak letak pun takpe, tapi kalau letak ada kelainannya. Apa2 pun terpulang pada anda...tiada paksaan, cuma cadangan sahaja...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji petola manis, kupas kulit, cuci dan hiris serong
150 gram cendawan tiram, kalau besar kerat2 sedikit
1 genggam isi udang
1 kiub ikan bilis (optional)
1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan isi udang dan masak hingga berubah warna. Tuang air secukupnya (anggaran 800ml) dan tambah kiub ikan bilis (jika guna). Kacau rata dan biar mendidih.
  2. Masukkan petola dan cendawan, diikuti soo hoon (toskan). Kacau perlahan, perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan lada hitam. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama nasi dan lauk2 lain. Boleh juga dimakan begitu sahaja..

4 comments:

Iffah Afeefah said...

cm sup sayur jelakan

Mat Gebu said...

@ iffah - yea saya Iffah Afeefah ...sup sayur.. ^______^

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum CMG...
sup gini memang kegemaran Diana nie CMG... tak payah makan yg lain pun dah ok dah.. yg nie jer pun dah cukup... terliur plak tgk memalam2 nie...

sury_masury said...

salam Bw memlm ni..sedap petola tu cik mat..kite pun suka masak2 cam gitu..:)lame x menjengah kat sini,bertambah mantoopp blog ci mat yer.happy cooking.:)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.