BEN ASHAARI

Friday, May 4, 2012

TERUNG SALAI BERSOS LADA HITAM.

rsz_dsc_6617
Malam ni nak share satu lagi resipi terung. Biasa2 saja. Mat mana ada masak yang luar biasa, ini semua menu siang tadi. Benda2 ni semua selain untuk mat kongsi dengan anda, ia juga bertindak sebagai bahan rujukan mat sendiri. Kali ni mat saja guna sos black pepper yang mat dapat dari sorang kenalan dari Sarawak, geng kolek PML, terima kasih Kak Eskay, atas kiriman, lada hitam Sarawak yang the best in the world, pes laksa, ikan terubuk masin dan juga beras baru dari sawah milik beliau sendiri di kampung. Mat guna terung jenis sakura pearl, boleh beli di TESCO, ianya ditanam dengan kaedah bebas racun serangga, terungnya manis dan lembut. Terung ni lepas mat hiris, mat salai dalam non-stick pan yang at sapu sedikit minyak zaitun, salai hingga lembut, letak dalam pinggan sesuai, dan kita buat sos lada hitam. Curah atas terung tadi. Mudah kan..ok esok boleh buat. Kita semak resipi sekarang...Bagi yang belum undi hari ni, boleh berbuat demikian di sini, hanya sekali sehari sahaja. Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji terung
1/2 genggam ikan bilis, bersihkan, rendam sekejap, toskan dan goreng hingga garing
1/2 biji cili merah, buang biji, didadu halus
Sedikit hirisan daun bawang
2 camca besar sos lada hitam
1 camca besar sos tiram
1/2 camca besar kicap manis
Sedikit air
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung dibuang sedikit kulitnya, hiris serong sederhana tebal, rendam sekejap dan toskan. Panaskan non-stick pan dengan sedikit minyak zaitun (atau minyak masak biasa). Salai terung tadi hingga lembut, guna api sederhana. Balik2 kan terung tadi. Alih ke dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan sos tiram, sos lada hitam, kicap manis dan sedikit air. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Tuang no.2 atas terung, ratakan. Tabur ikan bilis, hirisan daun bawang dan cili merah tadi. Hidangkan dengan nasi panas....

7 comments:

Melur Jelita said...

Salam CMG,
terung peberet saya...selamanya..ekeke

Mat Gebu said...

@ MJ - salam Puan...haha, sama lah kita...Moga MJ berjaya..

norhanim md zain said...

Salam CMG..aduh lapaq nasi le pulak tengok terung tu..lagi pulak ikan bilis goreng diatasnya..sedapnyaaaaaaaaaaaaaa

lemongrass said...

Cik Mat, Kalau nak bagi nampak lagi posh, kita baby nama dia grilled lebanese eggplant in black pepper sauce with deep-fried anchovies, hikhikhik.
Apa2 pun, tetap mengancam selera!

ogyep yummy mellow said...

Terung Salai pulak... lada hitam lagi... kelasssss CMG

Rozuan Ismail said...

sos lada hitam dia sgt pekat. marvelles!!

Saya Disini said...

nmpk sedp

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.