BEN ASHAARI

Friday, May 11, 2012

STRAWBERRY YOGURT JELLY..

Assalammualaikum, petang semua. Buat apa tuu?, petang ni takde apa yang istimewa, mat pun tak masak apa2 sangat, makan siang tadi pun mat cuma buat urap pegaga, kacang panjang mat rebus air dan asam pedas ikan kembong, tu saja. Jadi mat rasa tak payahlah kan buat entri pasal tu, lagi pun tak ambik gambar. Cuma petang tadi, mat nak makan jelly pulak, buat pun ikut apa yang ada saja dan kebetulan ada 1 bekas lagi yogurt perisa strawberry, dan stok strawberry segar pun ada juga, ini sudah bagus. Cuaca panas2 macam ni eloklah makan yang sejuk. Sebenarnya mat pernah buat jelly ni dulu, tapi takpe kita buat sekali lagi. Kenapa mat suka guna serbuk jelly?..Sebab ia mudah nak dikeluarkan satu, dan ia nampak begitu sedap, tak macam agar2, jelly lebih kenyal anjal. Kalau agar2 dia mudah patah, mat guna Jelly Konnyaku, anda boleh beli di pasaraya atau di kedai menjual bahan2 kek. Resipi seperti dibawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan air
90 gram gula halus
3/4 camca teh serbuk jelly "Konnyaku"
50 gram coffemate
1 camca teh strawberry paste
Beberapa titik pewarna merah
1 bekas yogurt strawberry = 135 gram*
Susu segar secukupnya*(*campur dengan yogurt hingga dapat sukatan 1 cawan, kacau rata)
Buah strawberry segar untuk hiasan (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan gula, serbuk jelly ke dalam periuk, kacau rata. Tuang air, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah strawberry emulco dan coffemate, kacau rata2 dan biar mendidih perlahan.
  2. Masukkan bancuhan yogurt + susu segar dan pewarna merah. Kacau rata, dan dibiarkan mendidih perlahan, kacau sekali sekala. Matikan api, dan tuang dalam acuan kegemaran anda. Biar hingga hilang wap panas dan masukkan ke dalam peti sejuk, biar hingga beku. Keluarkan jelly dan hias dengan buah strawberry sedar atasnya. Sedap dihidangkan sejuk...Selamat mencuba!!.

4 comments:

kasihredha said...

salam
strawberry paste tu beli ke buat sendiri?

Mat Gebu said...

@ kasihredha - strawberry paste atau strawberry emulco tu saya beli dikedai menjual bahan2 kek...

Kalamhati said...

dengki ngan stroberi kt atas jelly tuhh!!!grrrr

Sis Lin said...

Eh eh itu donut stawberi eh? hahahahah

amboii tak sesuwai oke tayang memalam ni, kecut perut nengok, sejukkkkkk
Masuk dlm molot, gigi berlaga2 x sabo nk gigit...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.