BEN ASHAARI

Wednesday, May 9, 2012

SARAPAN ALA KADAR....

rsz_dsc_7338
Tengah hari semua, masak biasa2 saja hari ni, mat rasa tak bess je hari, ibarat diluah mati emak ditelan mati bapak..hmm, takpelah memang itu sudah ketentuan Ilahi, terima sahaja dengan redha. Pagi tadi mat buat lempeng pekak. Orang tanya, CM, lempeng pekak tu menda sebenonya, lempeng pekak tu, lempeng tepung biasa. Mat makan dengan kuah kari ayam yang mat buat 2 hari lepas, ada baki mat simpan dalam freezer dan bila nak makan panaskan. Kari ni makin lama makin sedap, sebab rasa dia dah mesra. Satu yang mat suka lempeng ni, dia agak versatile, kalau anda letak inti kelapa, lepas tu gulung, dah jadi kuih ketayap, nak kaler hijau bancuh dengan air dari jus pandan. Kalau nak buat jala atau roti kirai, cairkan sikit adunan, letak pewarna kuning atau sedikit serbuk kunyit dan boleh buat roti jala, kalau anda nak tambah sebiji telur pun boleh. Ok lah takde yang istimewa, sekadar makanan biasa2 orang kita. Jadi sebagai syarat mat letak lah resipi walaupun ia adalah satu menu yang amat mudah...Oh yea terima kasih pada blogger2 yang sudi vote link2 yang mat bagi sebelum ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
2 cawan air atau secukupnya
3 camca besar mentega cair
Garam secukup rasa
Kuah kari sebagai pencicah atau sos kegemaran anda

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung dan air, kacau rata dengan whisk hingga larut, masukkan mentega cair dan garam secukup rasa, kacau rata dan ketepikan.
  2. Panaskan non-stick pan bersaiz 9 inci, lenser dengan sedikit minyak masak, tuang sesenduk bancuhan tadi, ratakan dan masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng pucat. Terbalikkan dan masak hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan. Buat kaedah sama untuk baki adunan.
  3. Hidangkan bersama kuah kari atau sos kegemaran anda samada untuk sarapan pagi atau minum petang.... Selamat mencuba..

9 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

Suka sangat makan lempeng pekak ni, buat pun senang,kan... ala kadar tapi kenyang ya amat..

ogyep yummy mellow said...

Suka bangat lempeng ni.. Tak kisahlah pekak ke tidak.. Kena pulak dengan Kari yg dah pekat tu.. Perghh.... Boleh x ingat dunia dibuatnya.... Ada lagi ke CMG?

Rozuan Ismail said...

wan suka kasi lempeng tuh manis skit.nanti tak payah cicah derngan apa2.huhu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

saya suka..tp nnt nk cuba resepi CM pula..pantang ada sardin atau kari lebih pasti buat lempeng

Nor&Lee SweetMemories said...

Semalam petang baru buat lempeng pekak ni tuk hubby. letak sambal telur tengah2nay dan gulung ala-ala kuih gulung@ketayap... sedapnya..

Cik Puan Izan❤ said...

biasa saya masak lempeng letak telur... nak try resepi cik mat pulak...nampak sedap sungguh mkn dgn kari... kita stle "rajin" cicah gula jer...

Diariku said...

lempeng yg dikatakan CMG ala kadar nilah yg plg sodap...terbaik!!

mademoiselle ten said...

Baru semlm 1st time buat kuih ketayap...

MamaFaMi said...

Asyiklahhhh Mat panggil dia pekak... maka pekak la kawan tu... hihihi... pekak pekak pun sedap!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.