BEN ASHAARI

Tuesday, May 15, 2012

SAMBAL TUMIS UDANG BELIMBING

rsz_dsc_8225
Selamat tengah hari, heran lah ni hari, kerja banyak sungguh, lepas satu, satu..lepas tu satu lagi, ni yang mula macam nak ketat jee. Baru sempat nak on9. Plan masak apa hari ni anda semua. Mat pagi tadi langsunga takde rancang menu, kalau ikut kan hati, goreng telur saja ok dah, tak pun ulam bawang besar + kicap + ikan bilis + cili padi...aduhh terliur sudah. Tapi takkan nak hidang kan tu sajakan. Jadi mat merayau2 ke tanah rendah, nampak pokok belimbing ada berbuah tapi tak berapa lebat. Mat petik dalam 10 biji macam tu dan plan nak masak sambal tumis udang dengan belimbing. Samping tu ada juga masak lemak fucuk dan ikan masak cuka. Masak lemak dah selalu buat dan masukkan dalam entri, jadi tak perlulah kan. Udang mat guna dalam 15 ekor macam tu, mat buang kulit dan urat belakangnya dulu. Sebelum semak resipi, kita lihat entri pilihan DTS di sini....Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang bersaiz besar
10 biji belimbing buluh, cuci dan toskan
3 biji limau kasturi, perah jusnya
1 helai daun kunyit, hiris halus
1 1/2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibuang kulitnya, kelar belakang udang dan buang uratnya, cuci dan toskan. Belimbing dibelah dua tapi tak putus untuk setiap biji, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan terus menumis hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa, bila pekat, masukkan udang, masak hingga udang berubah warna, tambah belimbing dan masak sekejap.
  4. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan jus limau kasturi, gaul rata dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti......sedap nihh, seriuss..

4 comments:

Saya Disini said...

sedpnye

iizza said...

alahai sedapnya..

hazlin nazri said...

sedapnya makan dengan nasi putih panas berasap

iela said...

Terliur la pulak tengok ni. Balik kang mcm nak buat la. Belimbing pon ada kat rumah tu. Huhuhu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.