ROTI PITA ALA-ALA PIZZA...

rsz_dsc_7021
Salam Isnin semua, dah sarapan?... Entri pertama hari ni mat share satu resipi yang mudah, ini mat buat semalam, tapi saja lah nak letak hari ni. Hari tu mat ada beli roti pita di TESCO, tapi bukan bentuk bulat, ia berbentuk lonjong dan panjang. Ada berbaki lagi 2 keping, hmmm apa eks nak buat, bila tengok ada bahan2 yang mat rasa boleh kita tukarkan jadi "sesuatu", maka idea2 giler pun muncul. Bila kita agak kreatif, insya Allah banyak benda yang boleh di improvise kan pada sesuatu yang lebih menarik dan memikat selera. Kalau orang tanya, macam mana kita nak agak benda yang kita buat tu boleh jadi sedap?..Pada pendapat mat, kita kena buat dan rasa, kemudian kita baru tau adakan ia sedap atau sebaliknya, pengalaman mematangkan kita, betul tak?. Benda2 makan ni, ia takkan dapat menepati selera semua orang. Satu lagi bila dah ada pengalaman, seseorang itu akan dapat membayangkan produk akhir bila mereka meihat bahan2 dalam satu2 resipi...menarik kan...

rsz_dsc_7057rsz_dsc_7060
Untuk entri ini mat buat 2 jenis topping untuk roti pita satu mat letak sambal tumis ikan bilis dan satu lagi mat letak bahan2 seakan membuat pizza. Yang belah kiri tu base dia mat sapu dengan sos lada hitam, kemudian baru letak bahan2 toping dan diakhiri dengan taburan sedikit herba thyme kering. Sama juga dengan yang belah kanan tu, mat sapu base dia dengan mayonnaise kemudian ratakan sambal tumis ikan bilis, tabur cincangan bawang dan letak keju. Tabur herba thyme kering sebelu dibakar hingga masak. Mudah bukan, resipi seperti dibawah dan jika belum mengundi untuk hari baru anda boleh berbuat demikian di sini, terima kasih atas sokongan yang diberikan... (^___*)

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping roti pita (jenis lonjong)
3-4 camca besar sos lada hitam
3 - 4 camca besar mayonnaise
Sambal tumis ikan bilis secukupnya
2 biji bawang besar saiz sederhana (sebiji dihiris bulat, sebiji didadu)
1 batang sosej ayamas berlada hitam, hiris nipis
2 kuntum cendawan butang segar, hiris halus
1 biji tomato, hiris bulat
Hirisan keju mozarella secukupnya
Herba thyme secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pasa suhu 175C, ambik sekeping roti pita, sapu dengan mayonnaise rata, kemudian lepa pula dengan sambal tumis ikan bilis, ratakan. Tabur bawang besar yang telah didadu tadi, akhir sekali letak hirisan nipis keju mozarella. Ketepikan sekejap.
  2. Sapu kan pula sos lada hitam pada baki sekeping roti pita, susun hirisan tomato, letak sosej dan hirisan cendawan, diikuti bawang besar (leraikan) dan keju mozarella. Sebelum bakar, tabur kedua2 roti pita yang berinti tadi dengan herba thyme. 
  3. Bakar 20 minit hingga keju mencair, keluarkan, potong dan boleh hidangkan. Sedap dimakan suam2...Selamat mencuba!!..

Post a Comment

7 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.