BEN ASHAARI

Saturday, May 12, 2012

PUCUK LABU MASAK LEMAK PUTIH.

rsz_dsc_7757
Seperti yang dijanjikan dalam entri lepas. Mat share resipi mudah sangat, ni typical masakan orang melayu kita. Pucuk labu?..Pernah makan?..Kalau yang tak biasa, cuba makan, tapi bagi mereka yang pantang tu, mat tak galakkan lah. Pucuk labu selain masak lemak putih begitu sahaja, anda boleh letak kacang panjang atau pun labu. Selain tu, pucuk labu salah satu bahan penting dalam resipi sambal daun kayu tempoyak. Tau tak anda, memasak pucuk labu ada tekniknya, tadi tanya bonda, kenapa kalau masak pucuk labu, daunnya lepas di asingkan dari tangkainya akan di gentel sedikit, setiap daun akan diperlakukan dengan cara yang sama. Bonda kata, arwah nenda pun buat kaedah yang sama, tujuan nak bagi daun tu lembut cepat dan pucuk labu ni daun dia terdapat bulu2 halus, jadi bila gentel, bulu2 tadi akan lembut dan cepat dimasak. Kalau anda tanya rasa dia sedap ke?.. Pada mat rasa dia sedap, manis2 lemak. Resipi seperti dibawah....Jomm kita masak!.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ikat pucuk labu, kurang lebih 1 cekak besar (boleh beli di pasar tani)
1 camca besar penuh udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
1 liter santan cair
300 ml pati santan
1 biji bawang besar hiris 
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan pucuk labu dari tangkainya, gentel pucuk labu tadi satu persatu, cuci dan toskan. Tangkainya dibuang sedikit kulit luar, kerat pendek, cuci dan tos. Ketepikan.
  2. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan udang kering ke dalam periuk. Tuang santan cair dan masak hingga mendidih. Masukkan tangkai nya dulu, masak sekejap dan masukkan pucuk labu. Gaul rata
  3. Bila sedikit lembut, tuang pati santan. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kacau dan biar mendidij perlahan dengan api kecil. Akhir sekali masukkan cili merah hiris, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikn api. Hidangkan bersama sambal belacan, ikan masin dan nasi hangat....


3 comments:

Mas Michiko said...

SEDAP NI CM... MY FAV MENU NIH!!! 2 MGGU LEPAS BALIK KG INILAH MKNN YG DIHIDANGKAN OLEH MAK... HURMMM TERINGAT SUASANA KG...

mommychic said...

ni sayur kegemaran kami yg selalu arwah nenek masak.SEDAP

Nazifa Mazni said...

Bila kawin bru kenal masakan ni

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.