BEN ASHAARI

Saturday, May 5, 2012

MASAK ALA KADAR....SAKSIKAN BEN DI RTM 1..

rsz_dsc_6814
Salam Sabtu semua, mendung je pagi ni, pagi tadi hujan dan sekarang baru nampak langit cerah. Apa lah nak masak hari, bingung juga kadang2. Masak yang ringkas pun ok juga kan. Semalam bak ada beli sulur keladi, jadi bonda kata boleh lah masak asam tumis dengan ikan kurau masin. Nampak mudah kan, tapi sulur keladi tu bonda siap2 siang dan mat masak kemudian. Ingat hari ni ada plan sesuatu tapi tataulah kan jadi ke tak, rasa malas pulak nak kemana2. Hari ni jiran mat Ben Ashaari akan ke udara di RTM 1 dalam rancangan Generasi Y pada jam 2 petang. Kira macam rancangan bual bicara. Jadi kalau ada kesempatan dan nak tau apa isu yang dibincangkan boleh menonton nanti, sambil2 tu kalau sudi boleh juga vote di sini, sebagai tanda sokongan. Kita sambung cerita makan2 pulak.....

rsz_dsc_6824 (1)rsz_dsc_6845
Perasan benda yang macam serunding kelapa tu?...Itu bukan serunding tapi sambal kelapa tempoyak. Sebenarnya beberapa hari lepas kakak ipar mat bagi sambal kelapa tempoyak, dan serius memang sedap nak2 bila makan dengan nasi panas, ada ikan masin...Memang pengsann gitu. Dan oleh demikian, mat pun goreng ikan masin tenggiri, atau ikaN jeruk, dahlah cuaca mendung berangin, mat gebu pulak goreng itu ikan masin, nyaris2 satu kampung bau keharumannya. Kalau nak sedap, perah sedikit jus limau kasturi masa nak makan. Adoii..guaa nak cerita pun malas....sendiri boleh rasa lah yea...


rsz_dsc_6869
Ok yang akhir ni lah asam tumis sulur keladi dengan tulang ikan masin kurau. Sebenarnya kerap dah mat masak dan masukkan resipi dalam DTS ni. Selain guna sulur keladi, anda boleh guna batang keladi, terung, nenas waima kacang bendi pun boleh. Kalau masak asam rebus atau asam tumis, daun kunyit memainkan peranan penting, tapi tu pada pendapat mat lah. Kalau takde, anda nak letak daun kesom atau bunga kantan pun boleh juga. Ok kita semal resipi pulak...Jommm...

SAMBAL KELAPA TEMPOYAK....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan kelapa parut putih
1 camca besar penuh, tempoyak
20 biji cili padi kampung*
1/2 genggam ikan bilis, rendam dalam air panas sekejap, dan toskan*
3 biji bawang merah*
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tumbuk semua bahan2 bertanda (*) hingga lumat. Masukkan tempoyak dan gaul rata. Kemudian gaul bahan tumbuk tadi dengan kelapa parut putih hingga sebati. Tambah garam dan gula secukup rasa. 
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan no. 1 dan goreng dengan api kecil hingga sambal sedikit kering, angkat dan hidangkan bersama nasi..

ASAM TUMIS SULUR KELADI.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ikat sulur keladi, kikis kulitnya, kerat pendek dan celur dengan asam gelugor dan sedikit garam, toskan
3 - 4 ketul tulang ikan masin kurau yang masih ada isi, rendam
1 helai daun kunyit, disiat2
2 keping asam gelugor
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji cili merah
10 biji cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan
3/4 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum dan pecah minyak. Tuang air secukupnya (anggaran 5 cawan), kacau rata dan masukkan asam gelugor. Biar mendidih.
  2. Tambah tulang ikan kurau masin dan biar masak sekejap. Masukkan sulur keladi dan daun kunyit. Biar mendidih dan rasa, jika perlu masukkan sedikit garam. Tambah juga secubit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan....


3 comments:

MamaFaMi said...

Huwaaaa Mat... mama terlepas, tak tengok Ben kat TV. Tengah sibuk berkuntau kat dapur sebab abang nak makan bubur. Tekak dia lom baik betul. Ada kat Youtube tak eh?

Scarlett O'Hara said...

Ala Cik mat.Tak sempat menonton.Ada majlis kahwin.

hana said...

gler sodap! sejak duk tepi longkang mmg dah tak jumpa sulur keladi!

tahniah mat dah setahun rumah banglo ko dirikan... ko mmg hebat dr dulu, kini dan selamanya! tak kira la rumah apa pon ko duduk.. chaiyokkkk..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.