BEN ASHAARI

Friday, May 25, 2012

MANGO CRYSTAL JELLY

rsz_dsc_0162
Selsema ni mula lah tekak rasa payau, nak makan yang masam2..erkk bukan ngandung ok..Semalam abang mat ada beli buah mangga, jadi tadi ambik sebiji dan mat belek2, hmm apa nak buat yea, yang sejuk, yang nyaman dan yang cepat disediakan. Nampak ada serbuk jelly konnyaku. Buat jelly pun sedap gak ni. Fikir lagi nak buat style macam mana pulak. Jadi mat kupas mangga tadi, hiris nipis2 dan kemudian hiris memanjang halus2 dan mat susun dalam acuan yang comel (bukan susun, cuma campak2kan dan tepek2 sikit kat bahagian dindang nya, setiap satu berisipadu 100 ml kurang lebih. Dapat lah dalam 7 biji jelly. Sedap dimakan sejuk dan jelly tu pun just nice, lembut dan gedik2 saja, nak telan pun senang, yang mana gigi tak cukup tu pun takde masalah, gerenti tak tercekik, tapi makan selow2 ok, jangan pelahap....Jommm semak resipi pulak

BAHAN-BAHANNYA :-)
Isi mangga masak secukupnya, belah nipis dan hiris memanjang
1 camca teh serbuk jelly Konnyaku
550 ml air
1/4 cawan gula (boleh tambah kalau nak manis lagi)
Beberapa titik esen mangga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sediakan acuan agar2 pilihan anda, mat guna yang comel2. Ambil kurang lebih 1/2 camca besar hirisan buah mangga tadi, letak dalam setiap acuan, lekat2kan sedikit dibahagian dindingnya. Buat hingga siap dan ketepikan.
  2. Satukan serbuk jelly, gula dan air ke dalam periuk, kacau rata dan masak hingga mendidih dan semua bahan larut. Masukkan esen mangga, kacau rata dan matikan api. Biar suam.
  3. Sudukan ke dalam setiap acuan yang berisi hirisan mangga tadi, sudukan dengan berhati2 hingga penuh. Buat hingga siap dan biarkan hingga hilang wap panas. Sejukkan dalam peti sejuk hingga betul2 keras. Hidangkan....

8 comments:

AZLITA AZIZ said...

Assalamualaikum dan selamat petang mat..

Alahaiii.. cantiknya mat..adoiii.. tekak pulak dah mula gatal ni.. rasa2 kalau dapat makan puding mat ni gerenti lega.. kan mat!

Mat Gebu said...

@ azlita - wassalam kak, huhu, sini pun sebab tekak tak berapa ok, jadi kena makan yang sejuk..

izan supian said...

sedapnya....

laskar pelangi said...

nak sikit boleh??

Qasey Honey said...

asslm..wah nmpknye hti dh jatuh cinta dgn puding tu...nmpk sedap sgt...rasa mcm nk terkam aje..hihi

K.Nor said...

aishhh.. macam menggoda lg nih.. yg ni sahih versi gedik2 sbb guna konyakku jelly kan che mat :)

Rozuan Ismail said...

wah,mmg kristal la

Nina Mirza said...

As'salam Che Mat...

Terima Kasih yea .... baru tengok mangga jelly Che Mat dah bikin tekak terasa sejukkkk>>>>>>

Glurp glurp...!!! (telan air liur jer laaa)
hehehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.