LEMAK REBUNG BABAT...NO KOMEN....

rsz_dsc_9823
Salam...pagi tadi goreng mi hoon, dan hari ni bonda berpuasa hingga esok. Sebab mat pun kepala macam ting tong nih, jadi sebelum aku tergolek dog bagai, baik masak awal2. Yang lain mat gorengkan sardine sahaja, sudah. Tapi untuk bonda mat masakkan lemak cili padi rebung jeruk dengan babat (perut tuala). Masakan macam ni kalau dimasak awal lagi bagus, sebab makin lama, rasa dia makin sedap dan mesra. Rebung tu guna rebung jeruk buatan sendiri, memandangkan hari dijeruk belum lama sangat, bau dia takdelah sekuat rebung yang dah lama jeruk. Ada orang tak suka bau rebung jeruk, hancing katanya, tapi memang betul, lepas makan, bau dia melekat kat celah2 kuku, jadi yang tak nak bau tu, boleh makan guna sudu dan garfu. Selain makan dengan nasi, kuah dia sedap juga dicicah lempeng atau cekodok atau makan dengan roti. Resipi mudah seperti dibawah ini...

BAHAN-BAHANANYA :-)
400 gram babat atau perut tuala
450 gram rebung jeruk atau rebung segar
4 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit
2 keping asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 genggam cili padi kampung
1 inci kunyit hidup
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Perut dicuci bersih, rebus hingga lembut, tos dan potong kecil. Masukkan ke dalam periuk bersama rebung jeruk tadi (cuci dulu dan toskan, kalau guna rebung segar, celur sekejap dan toskan). Masukkan juga serai dan bahan kisar halus, gaul rata dan masak hingga mendidih. Jika kurang kuah boleh tambah sedikit air.
  2. Tuang santan cair dan masak hingga rebung lembut. Tambah asam gelugor dan pati santan. Masukkan juga daun kunyit, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. 
  3. Masak dengan api kecil hingga mendidih dan kacau selalu.Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain. Selamat mencuba..

Post a Comment

6 Comments

  1. salam mat. Baru nak tinjau mihun dah dihidang dengan lemak rebung pula.
    sedap tu..

    ReplyDelete
  2. sedap tu cikmat..cuma saya mmg tk leh gi kalau ngan rebung jeruk, maklumlah sombong bongkak sebab keliling umah MIL banyak pokok buluh rebung madu...mesti ada je yang tercacak2 keluar dr tanah...best!

    ReplyDelete
  3. buat gulai gak

    tp ayam ngn kentang la

    ReplyDelete
  4. amboi cik mat. makin bertambah lah tuttt~ hihi, btw nmpk sedappp!!!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.