BEN ASHAARI

Wednesday, May 23, 2012

KUIH LAPIS....TAK BERAPA CUN...

rsz_dsc_9876
Malam semua, petang tadi buat kueh lapis, tapi huhu, tak menjadi denga begitu lawa pulak. Dalam apa jua masakan yang kita buat terutama kuih2 melayu, kesabaran itu penting, tak boleh nak cepat atau kata orang jalan pintas. Nampak kuih lapis mat buat tu, lawa tak?...cer tenung lama2, nampak tak permukaan dia macam tanah gersang, macam kulit yang begitu kasar...hmm, ni semua gara2 mat nak cepat. Selalunya mat sejukkan kuih dalam kukus, dengan membuka tutup kukus tadi. Ni aku angkat dan sejukkan guna kipas angin, sekali kan..kan..kan, tiba2 dia jadi retak2..grrrr.....macam tanah lama tak kena hujan...arghh tak sukanya....

rsz_dsc_9889
Mula2 mat malas dah nak buat entri, tapi fikir2, takpelah bagi orang tengok, bukan selalu apa yang kita hasilkan jadi lawa dan nampak sempurna. Satu lagi waktu kita kukus untuk setiap lapisan tu pun kena tengok juga, kalau lama sangat bila tuang lapisan seterusnya, dia takmo lekat sangat. Bila nampak permukaan dia pucat dan kering, boleh tambah lapisan baru. Waktu mengukus ikut ketebalan. Kalau lapisan nipis 4 - 5 minat sudah memadai. Cuma lapisan akhir tu kena kukus lama sikit lah. Dan yang paling utama, kena kasi kuih tu sejuk baru potong. Apa2 pun kita lihat resipi..

BAHAN - BAHAN 'A' :-)
150 gram tepung beras
30 gram tepung hong kue (warna putih)
400 ml santan pekat
160 ml air

BAHAN - BAHAN 'B' :-)
150 gram gula
150 ml air
1/4 camca teh garam
2 helai daun pandan, disimpul

BAHAN LAIN :-)
Pewarna makanan merah
Sedikit pewarna kuning

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satu kan semua bahan B dan masak hingga larut, tapis dan sejukkan. Dalam mangkuk lain, satukan bahan A, kacau rata dan ketepikan 30 minit. Kemudian masukkan bahan B tadi, kacau rata dan tapis. Ketepikan.
  2. Panaskan kukus, alah tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Sementara itu bagi no. 1 kepada 7 bahagian sama banyak, kurang lebih 130 ml setiap bahagian. 1 bahagian diletak warna merah dan sedikit warna kuning, kacau rata dam ketepikan. 3 bahagian diberi warna merah, kacau rata dan 3 bahagian lagi biar pada warna asal.
  3. Panaskan tin dalam kukusan sekejap. Tuang 1 bahagian warna merah, tutup tin dengan aluminum foil dan kukus 4 - 5 minit atau hingga permukaan lapisan nampak pucat. Tuang  1 bahagian warna putih dan kukus  lagi 4 - 5 minit dan seterusnya secara berselang seli.
  4. Akhir sekali tuang bahagian berwarna merah + kuning tadi. Kukus 12 - 15 minit. Dan pastikan setiap kali mengukus, permukaan tin ditutup dengan aluminium foil. Sejukkan kuih sebelum dipotong.

8 comments:

Citarasa Rinduan said...

okeylah tu cmg

ayu pun pernah tak sabar sekali jer... bingka aku boboss.. sebab ayu tak sabar nak snap pic.. hahahha

meroyan lepas tu

mademoiselle ten said...

Ttp nmpk cun n sedap utk org mcm saya yg suka buat kt kedai ... ahaha

Zana~Sweet Rose said...

salam cmg..ni sekadar nak sharekan masaalah yg sama pernah berlaku pd saya..permukaan kuih lapis ku retak2, tp..bukankah sebab ia terlalu lama dikukus ke?

Afasz said...

cun je ...sapa kata tak cun..lama tak makan kuih ni.

Sari Yusa Ibrahim said...

cantik menawan warnanya, retak ke? Tak nmpk sgtlah, tapi kalau nak htr rumah mak mertua kena ayak icing sugar le... cover.. hehehe.. takpun boh buah strobery, hihi. Yang penting sedap, Cik Mat.

Rozuan Ismail said...

kuih lapis pon sedap

kakchik@ella said...

Mama KC dulu kan cik mat .. sume jenis kue melayu dia pandai buat. Walaupun dia keja opis, dia buat kue pastu letak kat kantin.

sygnya kan cik mat .. anak2 dia sorang pun tak pandai buat kueh jenis lapis2 .. talam2 ni. yg kitorang pandai buat karipap .. popiah .. kue goreng2 .. tu je yg kitorg reti. Dulu mama tak nak ajar sbb dia takut kue dia spoil kot? Hehehe.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

takpelah CM..janji sedap.mmg kuih lapis buat kita tak sabar nak ngap.sampai letak kat kipas tu...nyum3