KUE TEOW KERANG...PAGI TADI PUNYA..

rsz_dsc_9176
Ini pagi tadi punya, tak sempat nak masukkan ke blog, jadi masa ni mat agak kelapangan waktu sikit, cepat2 kita kasi update. Kalau tak buat entri pun takpe dah, setakat kuw teow kerang, sapa lah yang tatau buat yea tak. Mat goreng simple2 sahaja dan sebab utamanya nak santap dengan cili hijau jeruk yang mat buat tu hari. Kerang mat beli yang siap dikopek, tapi bukan kerang rebus, ia kerang segar yang masih ada darah. Mat guna isi kerang dalam segenggam macam tu untuk 600 gram kue teow. Taugeh dan kucai sebagai pelengkap, ada juga fishcake. Untuk yang ni mat guna sambal siap dipakai (nanti anda lihat resipi). Kira serba gunalah kiranya. Kalau anda suka gelap, boleh tambah kicap pekat. Tu je kot, resipi seperti di bawah. Sebelum tu kita lihat entri pilihan DTS di sini... Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram kue teow
2 genggam taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
1 cekak kuchai, kerat pendek
1 genggam isi kerang
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 keping fishcake, hiris
2 biji telur
2 camca besar penuh sambal*
1 camca besar sos tiram
2 camca besar kicap manis
1 camca besar kicap pekat
Sos ikan secukup rasa
Cili jeruk untuk dimakan bersama

*BAHAN-BAHAN SAMBAL :-)
3 senduk cili kisar
2 camca besar udang kering, rendam dan toskan*
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*
1/2 inci halia*(*dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan sambal dan sos tiram, kacau rata. Tambah isi kerang dan fishcake, kacau rata dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur, bila mengeras sedikit, kacau rata. Tambah kicap manis dan kicap pekat, gaul rata.
  2. Masukkan kue teow, gaul rata, masukkan taugeh dan kucai, gaul lagi. Tambah sos ikan secukup rasa, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama cili jeruk sebagai pembuka selera...
  3. UNTUK SAMBAL :- Panaskan minyak dalam kuali (biar lebih sedikit), tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan terus menumis hingga garing dan pecah minyak. Tambah garam dan gula secukup rasa. Matikan api dan biar sejuk. Isi dalam botol dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama...

Post a Comment

3 Comments

  1. Mat gebu, biasenye sambal tu kalo simpan dalam fridge tahan bape lame?

    ReplyDelete
  2. makanan peberet suami ngam anak2. ntah ape yang sedapnya jika dibanding ngam meehoon sup perut. nyum...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.