BEN ASHAARI

Thursday, May 17, 2012

KITA SARAPAN DULU.....JOMMM..

rsz_dsc_8601
Morning!...Assalammualaikum, salam pagi Khamis semua. Anda sehat?..Mat gebu ok lah, kalau tak sehat malas mat nak on9 dah. Pagi ni Sedenak hujan, patut lah malam tadi panas yea amat. Pagi ni skip lah makan quaker oat, tapi nak melantak sandwich telur pulak. Ini bukan lah sandwich telur dalam erti kata sebenar, tapi ala2 egg benjo sahaja. Jadi sebelum telan ubat, kena sarapan dulu lah kan. Kita sarapan lah tu pun atas saranan Doktor. Esok sambung makan quaker oat balik ok. Entri ni tak payah resipi boleh?..hoo nak resipi gak ke, serius buat dia senang, cuma telur tu goreng je. Dan mat baru2 ni belah alat membentuk telur bentuk macam roti. Jadi tu yang mencuba (sori lah tak ambik gambar pulak), best juga alat tu cuma, kena sapu minyak keliling dia sebelum kita letak dalam frying pan (mat guna non-sticknya). Perasan tak roti tu nampak rough and teksture dia pun kasar, yang tu mat guna roti bai. Ok lah pada yang belum bersarapan, selamat bersaparan ok...

BAHAN-BAHAN :-)
1 biji telur
2 keping roti sandwich
Sedikit lada hitam serbuk
Daun salad secukupnya
Sedikit hirisan timun
Sedikit hirisan tomato
Sedikit hirisan bawang besar
Sos kegemaran anda secukupnya (mat guna sos thousand island)
Sedikit olive spread atau marjerin
1 ulas bawang putih, cincang halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan non-stick pan, leser dengan sedikit minyak, jika anda guna acuan membentuk telur, sapu sedikit minyak pada bahagian dalam bingkainya, letak dalam pan tadi. Pecahkan telur dalam mangkuk lain, berhati2 tuang ke dalam acuan, tabur sedikit serbuk lada hitam. Biar mengeras sepenuhnya, baru longgarkan dari acuan, terbalikkan dengan cermat. Masak sekejap dan boleh angkat. Guna api kecil.
  2. Roti disapu dengan sedikit olive spread atau majerin, kemudian ratakan bawang putih cincang tadi, panggang sekejap dalam kuali. Angkat dan ketepikan.
  3. Ambil sekeping roti, alas dengan daun salad, susun timun, tomato dan hirisan bawang. Letak telur dan paipkan dengan sos pilihan anda. Letak sekeping roti lagi. Hidangkan segera....

8 comments:

Sunah Sakura said...

roti bai? roti apa tu pcm? huhuhu..mana nak dapat?

hajar said...

nmpk simple tp mcm menyelerakan...

iizza said...

simple tapi sedap dn mengenyangkan..

Y O N G said...

nangess cik yong tengok lelehan thousand island tu? sedapnya ;-)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

mana nak cr roti bai ni CM? nama lain dia apa ek?

Cik FaRiZaM said...

amat menyeelerakan >_<

sedap nye :)

Indah Mulya said...

mmg akan rs lapa tiap kali tgk blog ni pagi2..hehe..nnt boleh try ni! =]

Rashidah Ibrahim said...

hmmmm....nyum2

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.