BEN ASHAARI

Tuesday, May 8, 2012

JOMMM KITA SARAPAN DULU!!....

rsz_dsc_7208
Morning dan assalammualaikum semua, salam Selasa. Dah sarapan?..Hari ni entri awal sikit, sebab mat bangun awal okeh, aku tidur jam 4.45 am (kurang lebih lahh) dan jam 5.30 am, mat bangun sudah. Sampai geng2 FB heran lah tengok mat gebu berpantun macam orang sasau kat wall FB semalam..haha, hambek nkoo, tu lah tanya lagi mat gebu tak pantun ke.. kan dah nyesal!. Ok pagi ni mat goreng mi hoon, yang biasa2 saja, tapi no taugeh lahh ni hari, cuma ada sayur sawi dan kucai, kira boleh lah. Udang pun jenis cute2 tu. Kadang2 malas juga nak letak entri mudah2 ni, tapi saja lah, seronok nak share dengan anda apa yang mat gebu masak waima masakan ulang tayang. Eh, orang tak komen pun takpe, serius, mat pun macam tu sebenarnya, jika aku rasa minat kat satu2 entri sesebuah blog, tak kesah lah, apa jenis blog pun, baru mat komen, tapi tak bermakna tak singgah dan baca, kita pembaca senyap2 gitu. Ok takde apa lah nak cerita sangat, sebab entri pun cikai2 saja. Haaa, anda dah mengundi?..Kalau belum dan kalau sudi boleh lah ke sini....sekadar memberi sokongan, terima kasih pada yang sudi, apa2 pun jommm kita sarapan dulu!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram mi hoon, rendam hingga lembut, toskan
1 pokok sawi bok choy, siang berasingan daun dan batang
1 cekak kucai hiris pendek
1 keping tauhu, dadu kecil, goreng dan toskan
1/3 cawan isi udang
2 biji telur, dibuat telur hancur
1 camca besar sos tiram
2 camca besar sos cili
2 camca besar cili kisar
Sos ikan secukup rasa
Sedikit air
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar 
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah sos tiram, sos cili dan sos ikan, kacau rata dan masak sekejap. Masukkan udang, tauhu goreng, batang sawi dan telur hancur, kacau rata dan tuang sedikit air (anggaran 3/4 cawan). Biar mendidih.
  2. Masukkan mi hoon, gaul rata, hingga mi hoon lembut, guna api kecil. Masukkan daun sawi dan kucai, gaul hingga rata. 
  3. Tambah sos ikan secukup rasa, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Alih ke dalam bekas, tabur hirisan cili merah dan bawang goreng sebelun dihidangkan.


9 comments:

Mas said...

sedapnya tengok bihun tu che mat..
meriahhhh...
macam2 ada..he3
mas memang suka bihun gini.....

Nor said...

banyak ramuan, meriah gitu!

Rozita said...

eh... sarapan kita sama la cmg... cuma saya cuma sempat masak mee bodoh je la...xde udang xde segala2..

Watierman said...

Assalam Dik mat...tak ada taugeh pun tetap nampak meriah..sedapnya!!

ogyep yummy mellow said...

Wah..meriahnya ingredientss bihun tu... ini pun dah lama tak menggoreng bihun... taugeh x leh miss lah CMG...

Indah Mulya said...

sedapnye..pepagi tgk entri ni wat nk meleleh je air liur..hehe..trus rasa nk pegi cr bhun goreng :D

mummy Ayda said...

ni mummy suka di samping menyehathan sbb CMG gunakan behun.... esok pagi mummy nak masak ni lah,
Thanks Mat

MamaFaMi said...

Hadoi.. tetiber je lapau!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

kegemaran anak2...sedap!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.