BEN ASHAARI

Sunday, May 6, 2012

JOM RINGAN-RINGAN....SEDAP NIHH!..

rsz_dsc_6948
Hari ni malas masak, jadi makan sup2 saja. Jadi tu yang mat gebu ajak ringan2...Hooo, otak tu focus yang baik2 saja yea, jangan koner baring, eh bila aku buat tajuk macam tu, dah ala2 blog Ujang pulak...grrrr, tapi nasib baik dia dah kurang buat tajuk2 entri luc**. Tau kan sayur apa tu?..Tu petola manis, memang kegemaran mat gebu. Paling bess di masak tumis air, letak soo hoon, dan rencahnya sedikit udang segar. Sebab petola ni sayuran berunsur sejuk, jadi kenalah tambah lada hitam bagi imbangkan "Yang and Yin" dia. Selain dimakan begitu saja, boleh juga nak makan dengan nasi putih. Tambahkan dengan ikan goreng atau ikan masin dan sambal belacan....Perghh memang meleleh lah senang cerita, jimat pun jimat. Satu lagi masakan macam ni cepat dimasak dan boleh disediakan dalam masa yang singkat. Ok sebelum mat tulis resipi, kita undi dulu di sini, terima kasih pada yang sudi juga pada mereka yang mengundi....

 BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji petola manis, saiz sederhana
1 batang leek
1 genggam isi udang
4 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 cekak soo hoon
Garam secukup rasa
Lada hitam serbuk secukupnya
1/2 kiub ikan bilis (optional)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Petola manis, dikupas kulitnya, cuci dan kerat serong pada saiz sederhana. Soo hoon dikerat pendek dan rendam hingga lembut. Leek dikerat pendek dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan udang dan leek (toskan) masak hingga udang berubah warna, tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan), kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan petola, soo hoon (toskan) dan  kiub ikan bilis, jika guna. Kacau rata dan tambah garam secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan panas..


7 comments:

dZana said...

mmg sedap msk simple camni cikmat.. ada pulak sambal belacan, ikan goreng.. mmg boleh bertmbah2 nasi..

Mat Gebu said...

@ dZana - betul sungguh tu....kena pulak nasi panas2....nak cerita pun malas..

Rozuan Ismail said...

mak wan mmg selalu masak ni,nak ekspress punya pasal

Mas said...

sedapnya..............

Sari Yusa Ibrahim said...

kita suka kuah banyak, berladung satu pinggan, hehe

lieynanilaz said...

LAUK YG SESUAI UNTUK YG BERDIET..

tunteja said...

che mat, nak tanye ler.. ade byk jenis ke petola... cam ne yer nak kenal petola manis dgn yg lain?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.