INI BETUL-BETUL MELELEHNYA MENU!..

rsz_dsc_7690
Assalammualaikum, dah makan tengah hari?. Eh hari ni Sabtu kan, mati2 mat ingat hari Ahad, errr..kenapa lah sampai macam tu sekali. Hari ni seawal pagi senarai menu telah mat terima, dan atas permintaan mat masak seperti yang anda lihat tu. Tapi bukan semua penduduk rumah mat yang santap benda2 di atas. Macam jering tu, cuma bonda dan bak sahaja yang makan, mat tak reti makan, kalau petai tu makan. Lepas tu ikan bakar, bak tak suka, cuma mat, abang mat dan bonda saja yang suka. Pucuk labu masak lemak tu semua makan. Ikan masin pulak benda wajib, kalau tak ada kang yang buat mula kecoh sebab takde ikan masin. Kalau kita lihat menu diatas tu, memang patut lah kan ada ikan masin, sebab ada masak lemak. Jering tu digandingkan dengan sambal tumbuk..Nampak susah ke menu di atas tu?...Serius senang, cuma kerja lebih sikit lah. Takpe, kita penat masak, lepas tu tengok orang makan dengan gembira dan berselera itu sudah memadai, rasa penat semua hilang, kalau tak percaya, tanyalah pada mereka2 yang memasak. Kadang2 kami bukan hadap pujian tu semua, cuma ucapan terima kasih sudah cukup.....pernah tak anda ucap terima kasih pada isteri anda?...ada yang buat, dan ada yang tak..betul tak?...

rsz_dsc_7757rsz_dsc_7715
Lihat gambar di atas, anda pernah makan pucuk labu masak lemak, ia typical masakan kampung. Yang tu nanti kita cerita dalam entri akan seterusnya ok. Pucuk labu ni bahan penting juga kalau masak sambal tempoyak daun kayu selain pucuk ubi, daun kunyit dan daun2 lain. Kalau nak masak lemak pucuk labu tu dengan labu pun ok juga...sedap. Sebelah tu, memang power sangat, jering namanya, atau orang jawa panggil jengkol, bila ada jengkol kena pulak ada sambal tumbuk, buat sambal tu mudah, tumbuk cili merah 4 biji + 1 inci belacan yang dibakar + 1 camca besar penuh udang kering yang telah direndam dalam air panas, toskan hingga halur. Tambah secubit garam dan gula. Kemudian masukkan 2 biji bawang merah, tumbuk hingga bawang lumat. Boleh hidangkan bersama jering atau jengkol tadi...tapi bau diakan...boleh pengsannn, sebab harum sangat2...

rsz_dsc_7722rsz_dsc_7694
Yang ni mat punya, ikan bakar, mat guna ikan Japanese Mackeral yang digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, balut dengan daun kunyit dan bakar dalam kuali ajaib, kalau anda nak bakar guna api arang pun ok, tapi mat guna kuali yang biasa mat guna untuk bakar tu, macam yang ini. Cicah pulak sambal asam budu, pedas berapi punya. Akhir sekali ikan tenggiri jeruk goreng, yang ini kalau tak de Bak, mesti jeling2 jee...huhu, malas nak kata apa, baik goreng kan saja. Ulam cili tu mat yang makan nanti. Ikan tenggiri jeruk ni lagi sedap bila kita perahkan sedikit jus limau kasturi sebelum dimakan. Amacam, meleleh tak menu mat gebu ni hari?....Jadi jomm kita makan...jumpa lagi dalam entri masak2 pulak lepas ni dan blog pilihan DTS hari ini di sini, blog baru ni kena bagi sokongan moral..merekakan pelapis..ok tu saja..Salam sayang dari DTS-MAT GEBU!..

Post a Comment

7 Comments

  1. akak pun x suka jering sebab rasa belendir je tekak ni bila makan. Tp jering relung sedap. Jering relung jering yg di tanam kejap dlm tanah hingga keluar pucuk...haaa jering relung x rasa menengauu sgt :)
    selamat makan tengahri :)

    ReplyDelete
  2. first time ayu tau pucuk labu boleh di masak lemak.. sbb taunya labu manis jer boleh masak..

    thanks my sifu..

    lauk pauk kampungmu buat air liur ini menjejesss...
    lebih2 lagi sambal belacannnnnnnnnnnnnn

    ReplyDelete
  3. puas sya belek buah apa yg potong2 tu, ingatkan jambu batu, bila dah baca entry lor..jering ghupenya ;p

    ReplyDelete
  4. arghhhhh.. sedap nya! da makan tapi rasa lapar balik dah ni :)

    ReplyDelete
  5. Sedap tuuuuu masakan kampung, memang tangkap leleh la hehehe.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikumcik mat...yer la betul2 buat air liur meleleh ni....:)

    ReplyDelete
  7. Fuuh. Nasib baik dah sempat makan dulu baru nampak entri PCM yang ni. Kalau tak memang meleleh air liur ni.. Hehe..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.