BEN ASHAARI

Wednesday, May 16, 2012

GULAI NANGKA MUDA...

rsz_dsc_8404
Salam semua, dah siap masak. Hari ni mat masak gulai nangka muda dengan ikan masin kurau. Kenapa gulai?...Hmm, mat beli nangka muda semalam dalam 500 gram, plan nak celur sikit dan makan dengan sambal, tapi atas permintaan nak gulai nangka. Mat masak. Kali ni guna isi ikan kurau masin, dah tu je ada, tulang dia semua habis dah tinggal isi saja. Untuk resipi ni, mat guna serai dan daun kunyit juga ubi cekur dalam bahan rempah ratusnya. Mula2 nak letak daun salam, tapi diubah pada saat2 akhir. Kira ni masakan typical kampung nya lauk lah kan. Kalau kat bandar tu boleh saja beli lauk yang siap dimasak kalau agak payah nak cari nangka muda. Tapi mat rasa dimana2 pasar basah, pasar tani atau pasal lambak ada jual nangka yang telah siap dibersihkan. Cuma, pada yang kalah makan nangka tu jangan lah makan banyak sangat yea, nanti perut sebu, nangka ni kata orang makanan berangin...Ok resipi seperti dibawah....jommmmm....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram nangka muda
4 keping daging ikan kurau masin, rendam 
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1 liter santan cair
300 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
10 biji cili padi (optional)
1/2 inci belacan
1 inci isi cekur
1/2 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Nangka dibuang empulur, potong kiub saiz sederhana, celur hingga 1/2 empuk, toskan dan masuk ke dalam periuk. Tambah serai titik, bahan kisar halus dan santan cair, kacau rata dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan asam gelugor dan isi ikan masih, tuang santan pekat, kacau perlahan. Tambah daun kunyit. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap hingga nangka lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 
CATATAN MAT GEBU :- Bila letak ikan masin, garam perlu jaga, jangan letak banyak, walaupun ikan masih kita dah rendam, bila masak, ia masih mengeluarkan rasa masin, jadi berhati2 ok dengan garam...tu sajam selamat mencuba!!...




9 comments:

Kesuma Angsana said...

Menu yg sy sgt2 suka tp xleh nak mkn takut kwn baik saya cik gatrik dtg! huhuhu apapun boleh tukar nangka ke sayur lain kan!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam CM..nampak sungguh menyelerakan. tak pernah lagi saya masak resepi ni.tgk siap ada cekur lagi tu

Eny Yusnizar said...

Happy Teacher's Day En Mat Gebu. U r my teacher yes my cooking teacher!

Yummmm!

shahlin said...

setuju.setuju. Mat adalah calon guru terrr best

Rozuan Ismail said...

PCB kurang gemar skit makan gulai nangka

Naufa Sweets Shoppe said...

Peberet ning. lama dah tak buat. bila baca jer rase nak buat laa

adyna said...

sedap nie.. masakan kampung :)

iizza said...

sedap tapi kalau makan musti badan masuk angin..

Amie said...

ooo bubuh isi cekur ye, terima kasih dapat ilmu baru.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.