BEN ASHAARI

Sunday, May 20, 2012

GULAI KETAM....dan....KESAH SEMALAM.

rsz_dsc_9220
Assalammualaikum, salam petang Ahad. Semalam mat cuti berblog sehari atas sebab2 tertentu, yang tu kita cerita kat bawah nanti yea. Hari ni untuk entri pertama masakan, mat share gulai ketam. Pagi tadi bak beli ketam, tapi bukan lah saiz yang besar, cuma bersaiz sederhana sahaja. Pada mat ketam saiz sederhana lebih muai dan sesuai jika ahli keluarga kita agak ramai. Serius ingat nak cuti masak hari ni sebab ada juga undangan majlis2 dan sat tadi ada jiran kami hantar nasi beriani dengan ayam masak merah dan dalca. Tapi tu lah ada yang nak makan nasi putih, kena lah masak. Gulai ketam ni mat letak kacang panjang yang tengah galak berbuah kat belakang rumah. Seperti biasa kalau masak macam ni, serai dan daun kunyit amat2 penting, kalau takde, bukan seri saja hilang, rasa juga agak hambar. Satu lagi pasal santan, kalau boleh gunakan santan segar, kalau anda nak guna udang juga sesuai, udang galah lagi sedap. Dan, kacang panjang tu anda boleh ganti dengan nenas, juga sedap. Sebelum kita lihat resipi mat nak cerita sikit pasal semalam...

Semalam mat cuti berblog kerana keluarga kami ada undangan ke satu majlis di Kampung Lukut Kota Tinggi Johor. Kampung Lukut ni ada sejarahnya, walaupun dalam negeri Johor, tapi asal2 penduduknya berkelana dari Negeri Sembilan ke Kota Tinggi. Dan mereka masih mengekalkan adat2 pepatih. Wajah nenek yang anda lihat tu, merangkap nenek saudara mat, arwah datuk melayu mat bersepupu dengan beliau, dan tahukan anda, datuk pada wanita yang anda lihat itu yang telah mengetuai pembukaan Kampung Lukut dahulu kala. YM Raja Lajim, nama beliau (arwah), kesahnya anda boleh baca di sini.. Wanita yang kami panggil "Alang Idah" itu merupakan simbol penting bagi penyatuan waris2 yang masih ada, dilahirkan pada 20 Januari 1923, Alang Idah masih kuat, cekap berfikir dan daya ingatan nya masih cukup tajam. Benar lah kan kata orang, jika dalam hidup ini apa2 perkerjaan kita lakukan dengan penuh keikhlasan dan redha dengan apa jua ketentuan Allah, insya Allah, Allah swt akan pelihara kita sampai ke hujung nyawa...Moga Alang Idah dipanjangkan usia dan diberi kesihatan....ameenn... Ok kita lihat resipi pulak...Jommm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ketam bunga
8 tangkai kacang panjang
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat2
1 keping asam gelugor
1.2 liter santan
300 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
4 biji cili merah
3/4 inci kunyit hidup
1 camca besar udang kering, rendam dan toskan
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam disiang, buang kaki2 kecilnya, ketul sedikit bahagian penyepitnya sepaya mudah kita nak keluarkan isinya nanti. Kacang panjang, dikerat pendek, cuci dan tos, ketepikan.
  2. Masukkan ketam ke dalam periuk, tuang bahan kisar halus dan serai, gaul rata dan masak hingga ketam berubah wanra. Tuang santan cair. Kacau dan masak hingga mendidih, masukkan asam gelugor, kacang panjang dan juga daun kunyit.
  3. Tuang pati santan, kacau perlahan hingga mendidik, guna api kecil. Tambah garam secukup ras dan dan masak sekejap hingga kacang lebut tapi masih rangu. Rasa dan jika ok boleh matikan api hidangkan bersama nasi hangat..

4 comments:

Norzie hany said...

Salam kenal cik Mat.
Sedapnya makan dengan nasi putih panas2.

Rozuan Ismail said...

1923? Tapi nampak sihat lagi.

ogyep yummy mellow said...

SAlam CMG... baru tahu arini, kat Johor ada kampung bernama Kampung Lukut.. Ingatkan kat Negri Sembilan je ada Kota Lukut... ogyep tau cos, I was born @ Lukut, Negri Sembilan. Masa tu father berkhidmat di Kem Port Dickson.. TQVM for sharing sedikit Ilmu sejarah kita...

Nur Husna said...

Assalamaualaikum Mat.

seronoknya dapat pegi ke kampung Lukut.saya orang Kota juga.tapi di Sedili.Jemputlah datang nanti.Boleh memancing.hehe..
ada mak angkat kat Kampung Lukut nun..:)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.