BEN ASHAARI

Monday, May 28, 2012

GULAI KACANG PANJANG.

rsz_dsc_0489
Selamat tengah hari semua, dah siap masak?...tu pertanyaan untuk suri rumahtangga dan mereka2 yang melibatkan diri dalam dunia masakkan. Nampak macam kenal je kan menu tu.. Huhu, apa nak buat mat masakkan sahaja, bila orang nak. Pagi tadi bonda tanya, tulang ikan masin kurau ada lagi?.. Dan bila mat kata ada, terus bonda bagi cadangan masak lemak dengan kacang panjang. Kacang tu memang ada kat belakang rumah, bonda tanam. Lagi pun masakan macam ni bak suka, sebab tak pedas. Mat perhatikan, sayur2 segar yang baru dipetik ni, rasa dia amat berbeza, manis dan rangup. Kalau masak lemak macam ni seperti biasa serai dan daun kunyit kena lah ada. Cuma satu mat nak pesan apa2 masakan yang ada ikan masin dalam dia, garam harus berhati2, ini kerana ikan masin itu sendiri lama kelamaan akan mengeluarkan garamnya walaupun kita dah rendam sebelum itu. Ok kita semak resipi dan terima kasih pada mereka2 yang sudi singgah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 - 5 kepingan tulang ikan kurau masin yang masih berdaging, cuci dan rendam
1 cekak kacang panjang atau secukupnya, dikerat pendek, cuci dan toskan
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1 liter santan cair
300 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
3 biji cili merah
1/2 genggam ikan bilis, rendam dan toskan
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bahan kisar halus dan serai titik ke dalam periuk. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan tulang ikan masin kurau (toskan) dan juga asam gelugor. Kacau dan biar masak sekejap.
  2. Tambah kacang panjang dan tuang pati santan, kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana, kacau selalu. Masukkan daun kunyit. Tambah sedikit garam jika perlu dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain...

9 comments:

mamasuri said...

feveret ni..

Junie Octovian said...

Nama pun dapur tanpa sempadan, kan Mat? Sesuai gitu!

Saya Disini said...

sedpnye

NBK said...

Assalamualaykum..I perasan yang you selalu masakkan untuk your mother..Besarnya pahala ya Allah melayan ibu..Untung sungguh awak..

kakchik@ella said...

dlm peti ais kakchik ada ikan kurau. boleh la buat lauk ni esok utk aiman. thanks kongsi ye cik mat.

meriah ceria said...

sedap nih mat gebu! smlm sy baru masak gulai ni tp guna udang!

maznah said...

Kalau kat perlis ni kacang panjang akak buat kari lemak dengan udang. Kalau bole, akak nak tanya cmg, kenapa lah kuah kacang akak selalu tak menjadi, tak kaw mcm org buat. Bole bagi tips tak cmg?

JIJI YU said...

nak nikon..ahahha

Teratai Biru said...

Wah Che Mat ini antara lauk kesukaan ku.. :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.