BEN ASHAARI

Tuesday, May 15, 2012

ERKK...OK KE ENTRI NASI GORENG?...

rsz_dsc_8104
Patutnya entri pagi tadi, tapi tu lah, nak on9 tak dann, jadi masukkan sajalah time2 macam ni, tak kesah kan? Kadang nasi ni bila kita masak lebih sikit, tak habis, bila masak tak berapa banyak, dahh tak cukup, sambal berkikis ni piuk nasi, segan sehhh guaa tengok. Jadi semalamnya nasi berbaki dekat2 tiga cawan mat goreng saja. Yang ni mudah, mat guna baki sambal belacan, lepas tu ada udang, masukkan, ada mix vege, masukkan pendek kata ikut apa yang ada, kalau ada sayur kangkung pun ok. Nasi goreng memang menu biasa2, tapi ia salah satu permintaan tinggi di tempat2 makan serata Malaysia, entri ni sesuai jugalah kan untuk menu bersarapan esok. Tu jelah entri makan2 untuk hari ini, resipi mudah seperti dibawah....Terima kasih sudi singgah DTS.

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan nasi sejuk, dileraikan
1/2 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
7 - 8 ekor udang besar, dikupas kulit dan cuci bersih dan toskan
2 biji telur, pukul sedikit
1 camca besar sambal belacan
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, cincang
Sos ikan secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Cili padi jeruk sebagai ulam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan sambal belacan dan tumis sekejap. Tolak ketepi kuali, masukkan telur dan bila telur mengeras sedikit, kacau hingga hancur. Gaul rata.
  2. Tambah mix vege dan kiub ikan bilis, hancurkan (kalau guna). Besarkan api, masukkan nasi dan kacau pantas. Tambah sos ikan secukup rasa, kacau lagi dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang, bawang goreng dan cili jeruk...
CATATAN MAT GEBU :- Untuk sambal belacan tu mat tumbuk 2 biji cili merah + 6 biji cili padi + 1 inci belacan yang dibakar + secubit garam dan gula = tumbuk hingga halus kemudian gaul dengan jus dari 2 biji limau kasturi. Boleh digunakan dan simpan baki dalam bekas bertutup kemudian letak dalam peti sejuk....


7 comments:

Gieyana said...

Nmpak sedap lah Mat..pics pon cantik..:)

snuMun said...

nasi goreng = menu simple taaapi sedap tak kira masa! hehe...

shahlin said...

wah daku nampak udang mu lagi, masuk nasik goreng plak. harus kene gi pasar rembat udang secepat mugkin.

fatiha's boutique collection said...

NASIK GORENG PUN MENYELERAKAN BILA TIME2 LAPAR...

ibundo said...

sedap je bundo tengok mat!!

ieda said...

sedap la nasi goreng. lebih2 lagi kalau yang letak sambal belacan. dap3

Rozuan Ismail said...

nasi goreng walaupun simple tapi mmg menyelerakan makan waktu pagi

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.