BEN ASHAARI

Thursday, May 3, 2012

DAGING CINCANG BEREMPAH DENGAN KEKACANG

rsz_dsc_6559

Apa benda tu?..Hmm ntah lah mat pun tatau, tadi saja nak test satu produk TESCO, jadi masak lah ala2 kima, ala kacang phool pun ada, ku main campak2 saja. Mat rasa ia sesuai makan dengan roti, atau pun Taco. Kalau dengan lempeng pun ok gak. Kita yang buat dia, jadi ikut lah kesesuaian dengan selera kita. Kadang2 perasan tak, kalau kita buat satu2 resipi tu, dan akan ditegur, eh, selalu tak letak bahan ni kan, atau kami kalau buat lain, bahan dia tak sama macam you buat. Macam ni lah senang kata, resipi berbeza2 bagi setiap keluarga. Contonya, macam orang2 peranakan, mereka ada tu memiliki resipi turun menurun keluarga mereka sendiri, walaupun nama resipi sama, dan bahan2 pun hampir sama, tapi  tetap punya sedikit kelainan. Memasak ni walaupun masakan tradisi, kita kena juga ikut kesesuaian bahan2. Rempah ratus ada tu tak sama. Sukatan rempan ratus kalau ada yang terkurang atau terlebih, tak sedikit banyak memberi kesan dari segi rasa, ini berdasarkan pengalaman, bukan menuntut dari mana2...

rsz_dsc_6588

Untuk resipi ni makan dengan roti bakar macam di atas tu pun sedap. Roti tu mat sapu dengan olive spread kemudian panggang dalam non-stick pan hingga perang keemasan. Boleh makan dengan apa yang kita masak tadi. Satu lagi kan, kalau kita ratakan atas roti pita, tabur keju dan bakar...wahh pun sedap agaknya...Perghh, bab kalau nak menambahkan kolestrol, bukan main lagi..errrrr...kensel lah nak buat macam tu. Tapi kalau anda nak buat, boleh saja, kalau tak cuba, taktau sedap ke tak. Untuk resipi ni mat ada juga letak serbuk mustard dalam dia, selain rempah ratus seperti rempah kari, serbuk jintan halus dan kasar serta serbuk ketumbar...

rsz_p1310182rsz_p1310184
Macam anda nampak dalam gambar di atas tu...Alaaa jangan lah tengok jari tu, bahaya, tergoda kang...hahaha. Tu mat nak tunjuk Mustard yang mat gunam jenis English Mustard, ada jual di pasaraya2 besar. Kalau takde anda boleh saja guna apa saja jenama mustard janji ia Mustard. Dan sebelah tu kekacang dalam tin yang mat guna untuk resipi ini. Boleh beli di TESCO. Amacam, semua ok, ada yang pengsan ke lepas baca apa yang mat gebu tulis?...Kita lihat resipi pulak, dan yang belum undi lagi hari ni jika sudi boleh berbuat demikian di sini.....Terima kasih atas jasa baik anda...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin Mixed Beans jenama Tesco (seperti dalam gambar di atas)
100 gram daging kisar (boleh guna ayam atau daging)*
2 ulas bawang putih, tumbuh halus*
1 inci halia, tumbuk halus*(*disatukan, gaul rata dan perap sekejap)
1 biji bawang besar, didadu
1 camca besar cili kisar
4 camca besar sos tomato
Garam secukup rasa
Secubit gula
1 cawan air
Daun sup untuk hiasan
Minyak zaitun untuk menumis

BAHAN DISATUKAN :-)
1 camca besar serbuk ketumbar
1 camca teh serbuk jintan halus
1 camca teh serbuk jintan kasar
1 1/2 camca besar rempah kari daging
1 camca teh serbuk mustard
1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali (biar lebih sedikit). Tumis bawang besar hingga layu. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah bahan2 disatukan, tumis hingga harum, masukkan daging kisar dan masak sekejap. Tuang air dan biar mendidih.
  2. Masukkan sos tomato dan kekacang, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama roti....

6 comments:

Nina Mirza said...

CMG ....... !!!!

Ya Ya ... tergoda tang jari tuuu~~~
Ouuchh !!!! hehehee . . .

Menu yg simple gini Hubby Nina sukaa sangat, tambah-tambah makan ngan roti~ ;)

ju.. said...

salam cmg... Sedap tu! Just nak tanya, jintan manis & jintan kasar tu bukan ke sama species... Ke kita yang x bape nak pandai... Cer xplain sikit cek mat... Pasal x sabor nak buat ni.... Time kasih cek mat....

cik chinta said...

sedp ni bawa bekpas g sekola hari2. bt byk2 simpan dlm esbok. nk mkn tgl panaskan. nk try la

Mat Gebu said...

@ ju - terima kasih, silap, patutnya serbuk ketumbar....ok dah edit, terima kasih...

Sis Lin said...

Hahahah kalau ko nak tau, Mak akulah pengguna tetap serasi dgn barangan Tesco...katanya sedap, tak caya cuba, walau murah jgn hina..hahahahaa *dialog dia selalu...

Tp sos spageti Tesco sedap tau... :)

MamaFaMi said...

Uits... ke Tesco jugakah? Kata nak gi esok...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.