BEN ASHAARI

Tuesday, April 10, 2012

TUMIS AIR PETOLA..FEBERET MAT GEBU!..

rsz_dsc_2921
Malam ni sebelum tidur nak letak entri feberet mat gebu sepanjang zaman, tak kiralah masa dia ok ke. demam ke, atau ketat...dalam apa jua keadaan, kalau yang ni memang dia suka. Masak dia punya lah senang teramat sangat, rencah dia ikut suka, nak guna udang segar macam mat masak pun boleh, nak guna udang kering boleh, ikan bilis pun boleh. Atau nak lebih fusion, boleh guna bebola ayam (dan semestinya produk Ayamas). Lepas tu boleh campur cendawan bagi tambah rasa. So hoon jangan dilupakan, apalah makna masak tumis air petola tanpa so hoon. Sebab sayur petola ni berunsur sejuk, jangan lupa tambah lada hitam sebagai pengimbang. Kalau masak menu macam ni, anda goreng ikan masin atau ikan kembong, lepas tu debikkan sambal belacan, sahh berpeluh makan. Tapi mat makan macam tu sajalah, biar panas2, baru sedap, cuma nak makan tu selow2 sikit lah. Walaupun cuma resipi tumis air petola, kita lihat juga resipi dia....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji petola manis
Beberapa kuntum cendawan
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam
1/3 cawan isi udang
Air secukupnya
Serbuk lada hitam berperisa AJI-SHIO
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Petola dibuang kulit, kemudian cuci. Hiris sederhana tebal dan ketepikan. Cendawan dibersiahkan dan jika saiz cendawan besar, kerat sedikit.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (mat guna minyak zaitun). Tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan isi udang dan masak hingga udang berubah warna. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan petola dan so hoon (toskan), tambah garam secukup rasa dan masukkan juga cendawan dan serbuk lada hitam. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan..

3 comments:

Kalamhati said...

yummy!!=)

Cheq Sue said...

betul tu che mat...masak macam ni tak kia time camana, tetap laku aje..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

slurppp..sedapnyer.saya pun suka petola.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.