BEN ASHAARI

Thursday, April 5, 2012

LILY BUD GORENG CILI PADI...

rsz_dsc_2054
Sebelum tidur, nak letak entri last. Selasa lepas masa pi Tesco, ternampak ada jual Lily Bud atau kimcam segar, nak tengok yang segar ada di sini. Jadi mat rembat lah 1 paket. Jadi hari ni baru masak. Mula2 nak masak dengan udang tapi taknak lah sebab esok ada plan nak masak udang, insya Allah. Jadi mat guna daging ayam sebagai rencah. Nak yang pedas, jadi guna cili padi kampung dalam 15 biji macam tu, hambik..berasap telinga...Cili padi tu mat ketuk2 saja. Sayur ni kena masak cepat dan hidang pun kena cepat, kalau lama2 nanti bud lily tu nampak macam uzur jeee, tak mengancam sudah. Mat tambah sedikit sos tiram dan guna sos ikan sebagai pengganti garam. Ayam tu kita perap dulu dengan sedikit halia dan bawang putih yang ditumbuk lumat selama 15 minit. Kalau anda nak tumis dengan ikan bilis juga boleh. Resipi seperti di bawah, terima kasih yea sudi singgah ke DTS.... (^__^).

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram lily bud segar atau kimcam segar
1 cawan isi ayam*
1/2 inci halia, tumbuk halus*
2 ulas bawang putih, tumbuk halus*(*disatukan dan perap 15 minit)
15 biji cili padi merah jenis kampung, dititik
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 camca teh sos tiram
Sos ikan secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi titik hingga harum, masukkan ayam dan gaul rata. Masukkan sos tiram, kacau dan tuang sedikit air, biar hingga ayam masak dan kuah pekat.
  2. Masukkan lily bud, gaul rata dan tambah sos ikan secukup rasa, kacau rata rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi

7 comments:

Sis Lin said...

Ooo aku selalu masak dgn taugeh..nnti nak try respi ko ni la....
Org x reti makan, mmg pelik..tp sedapkannnnn.. :)

una imana said...

nk try jugak la..huhuhu

Bicara Kak Noor said...

nampak sedap snagat tapi mana nak dpt lily bud tu selalu yg kering je kat sini cik mat

Mas said...

ingatkan kacang buncis...
mas tak pernah makan lagi lily bud nie..
rasanya macam mana che mat...
nampak sedapp sangat...

ibuaries said...

mama saya pun suka lily bud ni. Slalu dia goreng cili. Dulu masa gi cameron, dapat makan lily bud goreng disalut tepung. Memang best :-)

Watierman said...

Assalam CMG...Tq for sharing Akak ni jakun sikit....baru faham ni sayur apa...Ada dijual kat Cameron Highland pun kan!

mademoiselle ten said...

selalu nmpk kt JJ tp tak beli sbb tk tau cara masaknya... thks to CMG sekrg dh tau caranya... esok nk g beli :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.