BEN ASHAARI

Saturday, April 7, 2012

LEMAK PUTIH PUCUK UBI..

rsz_dsc_2364
Lemak pucuk ubi pulak, apa nak buat, patik hanya menurut perintah. Pagi2 lagi masa pepohon masih dibasahi embun, mat dah petik pucuk ubi dibelakang rumah, satu tebiat aku sebelum memasak, nak semua bahan2 mentah ada depan mata, terutama bahan2 yang perlu diambik agak jauh dari dapur, seperti serai, limau dan sebagainya. Nanti tengah2 syok masak sambil nyanyi lagu enjit2 semut, tengok2, serai takde...dah potong stimm, kang nak guna daun kunyit, takde juga..tu pasal sebelum memasak perancangan itu penting...sungguh ni bukan memain. Satu lagi ni nasihat mat pada semua lelaki. Jangan lah tak ambik endah langsung pasal dunia dapur, walaupun anda jantan 500% , kira kalau berdiri tepi sinki dapur je terus rasa 20% kejantanan tu susut nilai. Sampai satu masa anda perlu juga ke dapur, bukanlah nak suruh masak nasi minyak, ayam masak merah dan sebagainya, cuma perlu tau yang asas2 sudah memadai, untuk memudahkan hidup anda dan untuk isteri anda juga terutama jika dalam tempoh berpantang...serius ni, bukan nak perli sapa2. Jiran mat pun sekarang dah bijak berbelanja bahan dapur, tak caya cer tengok entri ini.... Resipi untuk kali ini seperti dibawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi (atau lebih sedikit)
2 batang serai, dititik
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Air jika perlu
1 camca besar penuh udang kering, rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan pucuk ubi dari tangkainya, cuci dan toskan. Rebus hingga lembut, tos dan cuci bawah air paip, kemudian perah. Hiris kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama serai, bawang besar, bawang putih dan udang kering tumbuk.
  2. Tuang santan cair dan jika kurang, tambah air hingga pucuk ubi tenggelam. Masak hingga mendidih dan pucuk ubi lembut. Tuang pati santan dan tambah garam secukup rasa. Masukkan sedikit gula dan masak dengan api kecil hingga mendidih. Tambah hirisan cili merah. Kacau.
  3. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama sambal belacan, ikan masin atau ikan goreng..

2 comments:

Kalamhati said...

Lama dh tak makan lemak putih pucuk ubi ni..slurrppp!

trueny said...

aahhh sedapnyeee sedapnyeee sedapnyeeeee!!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.