BEN ASHAARI

Friday, April 13, 2012

LEMAK PEGAGA DENGAN KELEDEK.

rsz_dsc_3322
Salam Jumaat semua, anda sehat?... Hari ni mat masak pegaga, dah selalu buat urap dan ulam, jadi kita tukar selera jadikan ia sebagai masak lemak bersama keledek. Abah mat dah 2-3 hari sebut2, jadi pagi tadi mat masak, pegaga tu pun dah siap dibersihkan oleh bonda, mat tinggal masak saja. Rencah cuma guna udang kering. Untuk resipi ini mat guna kurang lebih 250 gram pegaga yang telah dibersihkan. Pegaga yang mat masak ni bukan beli, tapi kutip di belakang rumah. Pegaga ada banyak jenis juga, ada pegaga air yang warnanya lebih hijau tua, berkilat dan tepinya berbiku2. Yang ini jenis pegaga kampung, warnanya hijau lebih cerah dan tidak berkilat serta urat2nya agak jelas. Pegaga sejenis tumbuhan melata, jadi kena dibersihkan dengan teliti, dengan merendam boleh mengasingkan pasir2 yang terdapat pada pegaga. Ia satu tumbuhan yang banyak khasiatnya, selain untuk awet muda ia juga sesuai sebagai hidangan wanita dalam pantang. Ok itu saja, kita semak resipi pulak.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram pegaga kampung yang telah dibersihkan, cuci dan tos
1 camca besar penuh udang kering, rendam 10 minit
1 - 2 biji keledek manis
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pegaga dibersihkan, gunting akarnya dan kerat jika pegaga agak besar. Keledek dikupas dan dipotong berbaji dan rendam. Udang kering ditoskan, perah dan tumbuk kasar.
  2. Masukkan keledek, udang kering, hirisan bawang besar dan bawang putih ke dalam periuk, tuang santan cair, kacau dan didihkan. Masak hingga keledek empuk. Tuang sedikit lagi air jika perlu.
  3. Masukkan pegaga dan tuang pati santan. Kacau perlahan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih sekejap dengan api kecil dan kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan masin atau ikan goreng...

7 comments:

saya gemuk saya comel..^^ said...

auwww..saya suka sayur masak kuah lemak..makan dgn ikan masinn..
++ pengsann..hik

kakchik@ella said...

lemak pegaga? kakchik tak pernah cuba cik mat tapi since cik mat dah bagi idea ni nanti buleh la kakchik mencuba.

Rozuan Ismail said...

pegaga bagus untuk kesihatan. berkhasiat!!

Mas Michiko said...
This comment has been removed by the author.
Mas Michiko said...

sedapnyerrrrrrrrrr... ta tau plak pegaga blh masak lemak! sejak joined blog MG ni byk benda yg sy belajar... TQVM MG...

mas saari said...

saya suka lemak pegaga, sedap!

armouris said...

terjumpa info ni, pasal keledek… sharing is caring :) - Kentang dan Keledek

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.