KUE TEOW HAILAM...

rsz_dsc_4165
Petang semua, hari ni off makan nasi, tekak ni kan meragam. Jadi mat pun buat kue teow hailam. Yang mudah2 saja, campak2 apa yang ada, letak sayur serba sedikit, dahhh siap. Makan pulak dengan cili padi jeruk....keluar asap telinga guaaa. Masakkan mudah ini boleh disediakan oleh sapa2 sahaja. Dan satu lagi untuk resipi ini, mat buat hanya untuk satu hidangan, jadi sayur2an tu semua mat main agak2, jadi anda kalau lah nak buat, pandai2 adjust ok. Kalau tau, mau jadi seperiuk nanti. Mat hanya guna daging ayam, tapi kalau nak guna daging pun sedap, guna daging batang pinang. Pilihan lain, udang atau sotong juga sesuai, atau nak nampak kaya raya, letak ayam, daging, udang dan sotong, sah meriah bak kongsi raya. Ok kita lihat resipi di bawah ini, tapi sebelum tu kalau boring2 apa kata singgah sini dan saksikan....apa tu?..Hmm kenalah tengok sendiri.... (^__*)

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam kue teow (atau secukupnya)
1 camca teh kicap cair
Beberapa titik minyak bijan
Sedikit minyak masak
1 camca besar sos tiram
1/2 teh besar kicap pekat
3/4 cawan isi ayam, hiris
Sedikit traffic light capsicum (merah, hijau, kuning) didadu
4 batang sweet pea, kerat dua
Sedikit bunga kobis, potong kecil
1/2 biji tomato, belah 4
Sedikit lobak merah, hiris serong
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia.,tumbuk halus
Air secukupnya
1 camca besar tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
Lada sulah secukup rasa
Sedikit garam dan gula
Cili padi jeruk secukupnya
Hirisan daun kucai, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan non-stick pan, letak sedikit minyak, biar betul2 panas. Masukkan kue teow, gaul pantas, tambah kicap cair dan minyak bijan, gaul rata dan masak sekejap. Matikan api dan alih kue teow ke dalam pinggan yang sesuai. Ketepikan.
  2. Daging ayam digaul bersama halia cincang, perap sekejap. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan sos tiram dan kicap pekat. Kacau dan tambah ayam. Masak sekejap hingga ayam berubah warna, guna api kecil.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 2 cawan atau secukupnya). Kacau rata dan masukkan lobak merah, bunga kobis dan sweet pea. Biar mendidih. Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau rata dan masak hingga pekat.
  4. Masukkan trafficlight capsicum dan tomato. Kacau dan masak sekejap. Tambah garam dan serbuk lada sulah secukup rasa. Matikan api dan tuang atas kue teow tadi. Hias dengan hirisan kucai, cili padi jeruk dan bawang goreng sebelum dihidangkan..... Jemput makan semuaa.....

Post a Comment

5 Comments

  1. cedapnye cm dah la tgh lapar ni..huhuhu

    ReplyDelete
  2. feveret jugak bila order di cafe. cuma kue teow hailam kat sini kuah dia over pekat.x sedap jugak

    ReplyDelete
  3. my favvy..tetibe mcm nak pergi giant beli bahan2..hehehehe...=)

    Papa Mat mmg pandai menggoda...

    ReplyDelete
  4. salam.saya suke resepi2 di blog mat gebuni.nampak mudah dan praktikal,tapi tak buat2 jugak.hu2..Saya nak ambil resepi dari sini dan gambar sekali boleh?untuk panduan.hu2..harap2 menjdi. -)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.