Ini mat buat semalam, tapi lupa nak masukkan kat entri. Blurr juga nak masak. Jadi mat panggang sajalah ikan tenggiri ni, nak masak asam pedas dah selalu sangat, nak buat kari tapi tadi dah ada masak lemak (tapi tadi, aku masak gak asam pedas, huhu). Takde resipi yang khusus, cuma main campak2 saja, gaul2 dan perap, lepas tu bakar dalam kuali. Rasanya resipi ni sesuai juga untuk orang dalam pantang. Sedap dimakan bersama nasi panas yang dimasak lembut sedikit, ada sambal belacan (kalau yang pantang tu sambal belacan takyah lah yea) dan ulam pegaga, memang ngam. Takde cerita banyak lah rasanya kali ni, kita lihat resipi saja lah...
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping keratan ikan tenggiri, cuci bersih dan toskan
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
2 ulas bawang putih, tumbuk lumat
1 inci halia, tumbuk lumat
1/2 inci kunyit hidup, tumbuk lumat @ 3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ikan tenggiri tadi dilap kering dengan kitchen paper towel, kemudian lumur dengan semua bahan2 diatas kecuali garam. Tambah garam secukup rasa dan perap 30 minit dalam peti sejuk.
- Panaskan non-stick pan (mat guna kuali ajaib macam kat sini), kemudian panggang ikan tenggiri tadi, nak cepat masak, masa panggang tutup pan dengan tudung periuk, masak 5 - 6 minit untuk setiap bahagian. Bila masak boleh angkat dan hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam2man.
16 Comments
hmmm. ni siapa yg berpantang ni? :-)
ReplyDeleteAlamak ehh, sodapnya.. terliur tengok.. slurpp..
ReplyDelete@ star Q - hahaha, yang ni tak pantang pun boleh makan...
ReplyDelete@ ziera - kalau yang tak pantang makan, sila cicah dengan air asam untuk tambah sedap lagi..
Chef Mat buat ibu mengandung ni terliur...huhuhuuu
ReplyDeleteokies..yg ni boleh mkn dan buatttt..tqq en.mat:)
ReplyDeletewow...sgt menggiur kan...kena try ni :)
ReplyDeletecicah air asam sodappp nih
ReplyDeletehaha matt... sori la aku tak pasan ko dah ada umah 'bungalow'.. umah aku teres jerk mat.. kikikiki
ReplyDeletewah, mcm ikan bakar pulak
ReplyDeleteAssalamualaikum Mat,
ReplyDeleteikan tenggiri panggang tu dah cukup sedap, tapi kehadiran cili padi dengan limau kasturi di sebelahnya tu lagilah menambahkan leleh liur yang melihatnya...adeeeehhh
Sedapnya.....^_^
ReplyDeletesalam en. mat..ikan tenggiri bakar makan masa dalam pantang memang best..tp nk menambah nasi tak boleh ler..hihi..
ReplyDeletetergoda tgk cili CMG yang sexy tu..hehe..
ReplyDeleteterima kasih ya sbb balas komen sy :)
ReplyDeleteThanks utk resipi. Sebenarnya ari ni kena tlg jg adik ipar dlm pantang, x tau nak buat apa. Alhamdulillah entri mat beri ilham
ReplyDeleteDalam banyak2 resepi yg sy gugel..resepi cik mat yg buat sy tergida.sy pon tgh berpantang..tunjuk resepi cik mat kat suami minta dia mskkan..
ReplyDelete