BEN ASHAARI

Saturday, April 14, 2012

IKAN PANGGANG LADA HITAM

rsz_dsc_3337
Ini mat buat semalam, tapi lupa nak masukkan kat entri. Blurr juga nak masak. Jadi mat panggang sajalah ikan tenggiri ni, nak masak asam pedas dah selalu sangat, nak buat kari tapi tadi dah ada masak lemak (tapi tadi, aku masak gak asam pedas, huhu). Takde resipi yang khusus, cuma main campak2 saja, gaul2 dan perap, lepas tu bakar dalam kuali. Rasanya resipi ni sesuai juga untuk orang dalam pantang. Sedap dimakan bersama nasi panas yang dimasak lembut sedikit, ada sambal belacan (kalau yang pantang tu sambal belacan takyah lah yea) dan ulam pegaga, memang ngam. Takde cerita banyak lah rasanya kali ni, kita lihat resipi saja lah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping keratan ikan tenggiri, cuci bersih dan toskan
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
2 ulas bawang putih, tumbuk lumat
1 inci halia, tumbuk lumat
1/2 inci kunyit hidup, tumbuk lumat @ 3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tenggiri tadi dilap kering dengan kitchen paper towel, kemudian lumur dengan semua bahan2 diatas kecuali garam. Tambah garam secukup rasa dan perap 30 minit dalam peti sejuk.
  2. Panaskan non-stick pan (mat guna kuali ajaib macam kat sini), kemudian panggang ikan tenggiri tadi, nak cepat masak, masa panggang tutup pan dengan tudung periuk, masak 5 - 6 minit untuk setiap bahagian. Bila masak boleh angkat dan hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam2man.

16 comments:

STAR Q said...

hmmm. ni siapa yg berpantang ni? :-)

ZieRa said...

Alamak ehh, sodapnya.. terliur tengok.. slurpp..

Mat Gebu said...

@ star Q - hahaha, yang ni tak pantang pun boleh makan...

@ ziera - kalau yang tak pantang makan, sila cicah dengan air asam untuk tambah sedap lagi..

mas saari said...

Chef Mat buat ibu mengandung ni terliur...huhuhuuu

azila said...

okies..yg ni boleh mkn dan buatttt..tqq en.mat:)

Cik Baity said...

wow...sgt menggiur kan...kena try ni :)

kasihredha said...

cicah air asam sodappp nih

hana said...

haha matt... sori la aku tak pasan ko dah ada umah 'bungalow'.. umah aku teres jerk mat.. kikikiki

Rozuan Ismail said...

wah, mcm ikan bakar pulak

Amie said...

Assalamualaikum Mat,
ikan tenggiri panggang tu dah cukup sedap, tapi kehadiran cili padi dengan limau kasturi di sebelahnya tu lagilah menambahkan leleh liur yang melihatnya...adeeeehhh

geez said...

Sedapnya.....^_^

Kasih Salina said...

salam en. mat..ikan tenggiri bakar makan masa dalam pantang memang best..tp nk menambah nasi tak boleh ler..hihi..

wan G Silk said...

tergoda tgk cili CMG yang sexy tu..hehe..

Star Shine said...

terima kasih ya sbb balas komen sy :)

Shafrin Bahari said...

Thanks utk resipi. Sebenarnya ari ni kena tlg jg adik ipar dlm pantang, x tau nak buat apa. Alhamdulillah entri mat beri ilham

IbuUmaR said...

Dalam banyak2 resepi yg sy gugel..resepi cik mat yg buat sy tergida.sy pon tgh berpantang..tunjuk resepi cik mat kat suami minta dia mskkan..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.