BEN ASHAARI

Wednesday, April 11, 2012

GULAI REBUNG DENGAN UDANG..

rsz_dsc_3012
Salam semua, cuaca mendung nih, tapi tak hujan. Hari ni mat masak gulai rebung dengan udang, atas permintaan big boss. Kita ni masak jelah bila dah ada permintaan. Rebung segar memang sedap dimasak lemak, nak pulak ada udang, aduhh ubat kolestrol semua tu. Untuk resipi kali ini mat guna cili padi, tapi bukan banyak sangat dalam 25 - 30 biji, cili padi pun jenis yang kurang pedas sikit, cili kaler kuning tu. Rebung yang mat guna ni jenis rebung buluh betong, bukan rebung kecik2 atau rebung madu. Rebung buluh betong ni kalau tumbuh tertenggek, ada kemungkinan rasa dia pahit sedikit tapi kalau dijeruk, ia akan ok. Kalau rebungnya tumbuh dari tanah, ia akan sedap dan manis. Ada juga yang mat nampak dari mak-mak tua dahulu kala, mereka celur rebung dengan ditambah air kelapa. Ok sebelum kita lihat resipi, singgah dulu ke entri pilihan DTS di sini, dah singgah tu jangan lupa klik LIKE ok, kalau rajin komen lah sikit... Terima kasih....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg rebung buluh betong yang telah dihiris halus
15 ekor udang bersaiz besar (atau lebih, ikut budget memasing)
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1.5 liter santan cair
500 ml santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN KISAR HALUS :-)
25 - 30 biji cili padi kampung
1 inci kunyit hidup
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 camca besar udang kering, rendam dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebung dicelur, tambah sedikit garam dalam air. Celur 5 - 7 minit dan toskan. Udang dibersihkan. Masukkan rebung ke dalam periuk bersama udang, serai dan bahan kisar halus, gaul rata dan masak sekejap hingga udang berubah warna.
  2. Masukkan santan cair dan asam gelugor, kacau rata dan masak hingga rebung lembut. Tuang pati santan, masukkan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukupnya. Tambah secubit gula, masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

6 comments:

Wan Ahmad Izudean said...

sedapnya.lama tak makan rebung..
kalau rebung kat cafe UPM ni tak sedap. kena yang kampung jugak kot :)

~~zana@pb~~ said...

Sedapnya.....tp tak yakin nk masak, takut terbeli yg pahit.

laskar pelangi said...

sedap ni.makan dgn nasi panas...

liemaopurut a.k.a ana said...

Baru pas makan. Tengok gulai rebung ngan udang che mat, rasa nak makan lagi sekali he he he

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

hamboi...udang besaqnya cik mat?terbeliak biji mata saya tgk udang ngan rebung tu

Cikgu Morni Adam said...

Tima kasih atas resepi ni..amat menghargainya...tapi guna rebung madu....(tanam depan umah)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.