BEN ASHAARI

Thursday, April 12, 2012

CUTE PUFF PASTRY CHICKEN PIE..

rsz_dsc_3104
Petang semua, mendung je langit, macam nak hujan pun yea juga. Kali ni kita lihat satu lagi resipi mudah. Nama resipi kan main, tak menghagak, bahasa henggeris lagi, well sedap pulak nyebut dalam bahasa Inggeris, kalau tukar dalam melayu jadi pai ayam comel puff pastri, gitu leer bunyi dia. Sebenarnya mat buat betul2 satu ketul, itu pun tadi masa kemas2 freezer, jumpa 2 keping puff pastry, lepas tu ada pulak daging ayam dalam 1/3 cawan. Hmmm, pie ayam pun ok gak kan, tapi taknak lah buat yang macam selalu tu, letak inti lepas tu selimutkan dua dalam puff dan tekan dengan garfu...bosan lahh. Kebetulan mat ada acuan pai berukuran 3.5 inci macam tu (ke 4 inci eks...alah kurang lebih lah), jadi boleh lah guna, bagi nampak ala2 pie tradisi. Puff pastry tu mat canai dulu bagi dia leper dan boleh dimuatkan dalam acuan tadi. Untuk bahagian penutup dia ikut lah gaya mana yang anda suka, mat guna sejenis ayat yang seakan2 roller, bila kita gelek ia akan membentuk jaringan.

rsz_dsc_3169
Rasa mat, kalau anda nak buat biarlah lebih sikit, kalau buat satu dan guna oven besar, hmm rugi woo elektrik, bayangkan oven yang boleh muat 12 atau 16 biji pie, kita hanya bakar 1 je...Tapi yang ni takpelah selain nak habis kan stok, ia juga untuk blog DTS. Dalam proses melapis pie ayam ni, pastry memang akan berlebih. Jangan buang, simpan untuk kegunaan kemudian. Untuk ini pulak, anda boleh variasikan, samada nak guna ikan tuna, daging kisar atau cendawan pun sedap. Nak tambah parutan keju pun ok, tapi pastikan garam perlu diambik perhatian. Lepas anda sapu dengan kuning telur, tabur sedikit serbuk lada hitam, yang tu optional, tapi kalau tabur pie akan lebih sedap dan berbau harum. Sebelum lihat resipi, singgah dulu ke entri pilihan DTS di sini... Terima kasih...

BAHAN INTI :-)
1/3 cawan isi ayam
1/4 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
1 helai bay leaf
1 biji bawang holland saiz sederhana, didadu
1 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 cawan susu segar
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

BAHAN LAIN :-)
2 keping puff pastry jenama KAWAN bersaiz 4 inci x 4 inci
Sedikit serbuk lada hitam
Kuning telur, untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali atau non-stick pan, tumis bawang besar, bawang putih dan bay leaf hingga harum dan bawang layu. Masukkan ayam dan mix vege, masak sekejap dan tuang susu. Tambah serbuk lada hitam dan sedikit garam, kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK PUFF PASTRY CHICKEN PIE :- Ambil sekeping puff pastry, biar lembut sedikit. Tabur tepung pada meja kerja dan juga puff pastry tadi. Canai hingga mendapat ukuran lebih besar dari acuan yang digunakan (mat guna acuan saiz 3.5 inci atau 4 inci, macam tu lah). Sapu sedikit mentega pada acuan pie, kemudian atas dengan puff pastry yang dicanai tadi, kemaskan bahagian dalam dan tepinya. Biar lebihan ditepi2 acuan. Simpan dalam peti sejuk sekejap.
  3. Ambil sekeping lagi, canai sedikit tapi tak perlu sama saiz yang satu lagi. Tabur sedikit tepung, kemudian gelek dengan roller khas. Nanti akan terhasil corak seperti jaringan (macam gambar di atas).
  4. Keluarkan acuan pie dari peti sejuk, isikan inti, kemudian tutup dengan puff pastry bentuk jaringan tadi, tekan2 kelilingnya. Kemudian potong lebihan pastry dan kemaskan. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Bila masak keluarkan terus dari acuan dan sejukkan atas jaringan. Boleh hidangkan....

8 comments:

Rozuan Ismail said...

wah, yang penting isi dan bentuk pastry tuh sangat menarik

Watierman said...

Assalam EN Mat....memang ada aje idea Cuk Mat nak share..Tabik!!...suka kat jaringan tu....

hana said...

adoyaiiii... aritu aku ade wat gak mat ciken pie gune pastry kawan nih.. kesian sungguh mak limah wehhh... g tanya kak.ummi cter dsebaliknyer.. kuikui... klu semut nak geget pon leh patah gigi kot sbb liut.. hahahahaha..

Cik Hujan said...

Salam Cik Mat Gebu, saya ni baru je nak mula berjinak2 dengan masak memasak ni. Teringin gak nak buat mcm2 pastry tapi takde oven. Boleh tak Cik Mat buat entry pasal tips2 utk beli oven? Kalo boleh rekemen sekali jenama yang bagus. FYI, saya ni bujang jadi tak perlulah oven yg besar gedabak tu hehehe.....tq in advance!

Mas Michiko said...

Nk try sgt2 buat ni... terliur plak tgk gambo nih! tp oven kt umh rosak ler plak... huhuhuuu

nina said...

nak tanya. roller khas tu name die ape ek? sbb nk buat pie corak cenggitu jugak.

thanks!! :)

Diana @ Melley Mey said...

Terliurnya tgk chicken pie tu... Cute lg tu... Cantik

alin jinep said...

salam che mat boleh tak tunjukkan roller tu saya nak cari n nak beli..minat sangat hasil tangan en mat..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.