BEN ASHAARI

Tuesday, April 10, 2012

ANGEL HAIR ALA MI HOON PEDAS...

rsz_dsc_2820
Pagi semua, dan assalammualaikum. Hari ni Selas, dan esok Rabu, cuti umum kan, sebab apa?..Hoo tatau, ish, esok hari pertabalan Yang Di Pertuan Agong Malaysia yang ke - 14. Jadi jangan pulak pi ofis kerja (tapi ada juga yang kena menjalankan tugas), boleh sambung tidur semula lepas solat subuh. Entri pertama hari ni bukan lah baru mat masak, tapi mat masak petang semalam masa tetamu datang. Gambar pun mat ambik malam, dekat2 jam 9 macam tu. Hmmm bolehlah kan, masih ada rupa. Kadang2 perasan tak ada orang tak berapa nak suka makan pasta2 ni semua, terutama warga2 veteran, tapi cuba goreng spaghetti angel hair, goreng ala2 mi hoon pedas atau mi kuning, sahh mereka makan laju. Jadi boleh lah simpan sepaket spaghetti angel hair ni kat rumah. Semalam masa mat hidangkan, mereka ingat mi hoon jenis kasar. Satu lagi boleh goreng ikut style apa yang anda suka. Kalau nak makan dengan kuah kari boleh, nak makan dengan sup ayam pun ok, atau kuah asam pedas....perghh, semua sesuai. Ok kita semak resipi mudah ni..yang ni mat goreng 1 paket, kalau anda nak goreng sikit, sila adjust yea..Dan sebelum tu kita lihat entri pilihan DTS di sini, terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket pasta angel hari, rebus ikut arahan pada paket, toskan dan gaul dengan minyak zaitun
2 keping tauhu, dadu kecil dan goreng
3/4 cawan isi udang (nak lebih pun boleh)
2 genggam taugeh
3 pokok sawi bok choy, cuci dan siang berasingan
2 keping fishcake, dihiris
2 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar sos tiram
3 camca besar sos tomato
2 camca esar sos cili thai
1 senduk nasi cili kisar
Sos ikan secukup rasa
Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan
Sedikit air

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca besar penuh udang kering, rendam sekejap dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah sos tomato, sos cili thai dan sos tiram. Kacau rata dan masak sekejap.
  2. Masukkan udang, tauhu dan fishcake, kacau rata dan tolak ke tepi kuali. Tuang telur dan biar sedikit mengeras, kacau hancur. Gaul rata dan masukkan sedikit air, batang sawi dan tambah sedikit sos ikan. Kacau.
  3. Masuk spaghetti angel hair, gaul rata. Tambah daun sawi dan taugeh, gaul lagi. Rasa dan jika kurang masin, tambah sos ikan secukup rasa, guna api sederhana. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang serta letak belahan limau kasturi sebelum dihidangkan...

3 comments:

wardahkamaruzzaman said...

betul tu C.Mat..kat umah pn smpan stok angelhair/vercemile utk ganti kn mee kuning :-)

Qasey Honey said...

memang mlazatkan...bleh cuba nti..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

saya lum pernah guna rambut angle ni cmg..nmpk sedappp

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.