BEN ASHAARI

Monday, March 19, 2012

TUMIS ASAM SULUR KELADI

Tumis Asam Sulur Keladi
Jommm makan...suka makan lauk2 simple tak?.. Kalau suka yang ini untuk anda, kalau masakan complicated tu maaf lah, takde kat sini. Semalam abah mat beli sulur keladi ni, dan bonda kata masak asam tumis sudah lahh. Wahh sukanyaa...sebab keje senang. Mat guna rencah ikan masin pari, tapi rendam dulu lah kasi buang rasa masin. Kalau anda nak guna ikan bilis pun ok, nak guna udang pun boleh. Cuma satu lah mat nak kata, bila beli sulur keladi ni, dia ikut nasib2 juga. Ada masa ok, ada masa sulur tu gatal, walaupun dah dicelur dengan asam dan garam ..huhu. Yang ni nasib baik ok, tak gatal. Mat kalau masak macam ni, suka kuah dia masam sedikit. Kalau anda tak suka masam, letak asam gelugor sekeping sahaja ok. Jomm semak resipi mudah ini, tapi sebelum tu, anda suka membeli belah, mungkin ini untuk anda.. ^__*

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ikat sulur keladi, boleh beli di pasar tani atau pasar basah
1 keping ikan masin pari, rendam 25 minit
2 helai daun kunyit, disiat
1 kuntum bunga kantan, belah 2
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
10 biji cili padi
1 camca besar ikan bilis, rendam sekejap dan toskan
Secubit belacan
3/4 inci kunyit hidup
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sulur keladi dicelur dengan asam keping dan sedikit garam toskan. Ikan masin yang direndam tadi dipotong kecil. Cuci sekali lagi dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga harum, tuang air secukupnya dan bila mendidih, masukkan ikan pari, asam gelugor dan bunga kantan. Kacau dan biar masak sekejap.
  3. Masukkan sulur keladi, perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Tambah daun kunyit, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain..

15 comments:

Choco Ani said...

Salam CMG wahh sedap tul lah lauk lama tak makan..

nur ika said...

waaaa....nmpk sdap..bru nmpak rsa sure sedap..
ika nk try wt laaaa...^,^

Rozuan Ismail said...

erm. keladi tuh =)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

tiba2 tension tgk sayur ni..mana lah nk cari sulur keladi kat sini.perghhh mmg tergoda ngan sayur ni.hirup kuah pun dah cukup

Sis-Lin said...

As salam Mat..

Ko tanya aku kan? Hahaha aku makan ko...aku kan batu dgn kayu je x makan..kakakakah

Sedapnyaaaaaaaaaa.....

Amie said...

Ini menu kegemaran bonda kita ni... dari kecik lagi kami dah biasa makan sayur sulur keladi, sedap!

Citarasa Rinduan said...

rugilah tak singgah awal tadi,. kalau idak boleh makan malam tadi..
wawawawa.......
nak semangkukkk

CT Delima said...

As'salam Mat

Lauk kampung2 macam ni k.ct sorang aje yang makan Mat, yang lain2 tu tukang tengok ajeee..hehehe

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

waduhhhh feveret mak mertua saya ni semua jenis masakan yg ada keladi hehe

Areef Ibn Naim said...

salam,

wah3x... cik mat sekarang masak yg simple tp mengancamlah... sy suka sulur keladi ni masak sambal... erm, dh lama tk makan... sbb biasa mak beli yg dh siap siang... klu btg keladi tu ada gaklah makan...

man yusoef said...

OH PCM ni faveret saya nih, serius!

Ingat lagi, time sekolah rendah kwn bwk bekal sayur ni, pastu mintak dia sikit sebab tak pernah rasa. Pastu balik rumah terus suruh mak masak, sampai skrg jadi sayur kegemaran.

Tapi yang peliknya suka yang sulur keladi jek, keladinya tak suka makan =___=

Ok excited gila komen

man yusoef said...

owh ni mmg feveret saya ni PCM, serius.

Ingat lagi time sekolah rendah, ada kwn bwk bekal lauk ni, pastu mintak sikit sbb tak pernah rasa. Balik rumah terus suruh mak buat. Smpi skrg ni jadi lauk kegemaran

Tapi yg peliknya, suka mkn susur keladi jek, keladinya tak suka makan..=__=

ok semangat gila komen

Isteri Encek Bard said...

aduhai lauk yang sangat payah nak jumpa ni cik mat... serius dah lama saya mencari sulur keladi ni.. tapi pasar sini memnag tak der...

hana said...

salam bang mat... hakhak.. rindu nak gaduh2 ngan ko kan kan kan.. erkk gaduh ke? haha... lama aku tak makan mende alah nih taw sejak tak duduk tepi parit.. skrg kan duduk tepi longkang.. haha...

AbbotCottage said...

Assalamualaikum CMG. Kita nak tanya awaklah, kita memang minat makan sulur keladi maupun batang keladi tu sendiri. Tapi masalahnya, saya kalau mencelur batang keladi/sulur keladi tu mesti benyek dah, nenek kita kata lenyor udoh/lembik. Berapa lama masa yang kita perlukan untuk mencelur batang keladi ni sebenarnya ya? Terima kasih dengan jawapan. Alhamdulillah.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.