BEN ASHAARI

Saturday, March 17, 2012

TERUNG GRILL BERSAMBAL TOMYAM

Terung Sambal Tomyam
Assalammualaikum, selamat tengah hari. Dah siap masak?. Mat hari ni masak yang mudah2. Lagi pun ada jemputan kawin kat kampung sini. Sejak beberapa hari mat memang plan nak buat resipi terung grill bersambal tomyam yang mat nampak di blog Kak Nor Secubit garam di sini. Nampak gambar je buat meleleh air liur, jadi dengan rasminya hari ni mat try buat dan serius kata, sungguh sedap dan...dan....dan..(kena buat sendiri baru tau). Mat ikut 100% resipi kak nor, tapi mungkin pes tomyam je berlainan jenama. Buat dia amat senang dan ringkas. Sesuai untuk ibu2 bekerja. Satu lagi kalau anda merai tetamu, apa kata cuba buat resipi ni, mesti terangkat beb! Cuma pastikan tetamu anda tu makan terung. Ada orang tak makan terung, pantang katanya, sebab apa tu wallahhualam lah kan, Apa2 pun terima kasih pada Kak Nor dan mat letak resipi dia di sini.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji terung panjang, saiz sederhana
5 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
2 batang serai, hiris halus
1 camca besar cili kisar
1 camca besar pes tomyam (sebarang jenama)
1/2 camca teh gula
1/4 cawan air
Hirisan daun ketumbar secukupnya
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung dibelah dua, jika besar kerat pada beberapa bahagian. Cuci dan toskan. Panaskan non-stickpan, panggang terung tadi hingga lembut. Angkat dan susun dalam bekas sesuai. Ketepikan
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah pes tomyam, masak sekejap dan tuang air. Kacau rata.
  3. Bila pekat, masukkan gula dan 1/2 bahagian daun ketumbar, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tuang sambal atas terung tadi. Tabur baki hirisan daun ketumbar. Hidangkan segera bersama nasi hangat dan ikan goreng....Pengsan >__<

7 comments:

Sis-Lin said...

As salam Mat...

Respi ni mmg lain dr yg lain lah, terung grill tom yam, ermmm mmg nampak sedap, nnti aku nk cuba brg 2 bijik terung sbb nnti aku makan sorg, anak2 semua x makn terung..huhuhu

Dah baca entry aku terbaru tu? Mak cop kepala ye! http://linmdnoor.blogspot.com/2012/03/asam-pedas-duri-home-sweet-home.html kekekeke

man yusoef said...

dulu tak suka makan terung nih..sampai satu masa teringin nak makan..oh sedapnya! lagi2 masak sambal..rasa manis2...wuwuwu

Errah said...

terung..my feveret..lau panggang biasa2 je pun sedap cicah budu...hehe

Abhamz said...

assalam, memang menyelerakan...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Che Mat meleleh air liur akak tengok terung yang sedap ni.

Mama Hawa/Mama Nani said...

meleleh plak tgk terung tomyam... :P

K.Nor said...

salam che mat.. mekasih sudi cuba ya.. meleleh k.nor tengok terung sambal che mat tayang ni :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.