BEN ASHAARI

Saturday, March 3, 2012

SOTONG....SILA PERGI JAUH DARI KU!!!

sotong kunyit berkuah
Satu lagi resipi mudah, yang ni cuma boleh masak sahaja, makan..NO, biarlah tak makan dari menanggung kegatalan (tapi tengok gerammmm..sabar mat gebu...sabar) Abah mat suka masak sotong macam ni, kalau mat dulu suka yang agak kering, tapi dia suka yang berkuah. Macam mana pulak buat yang berkuah tu?...Laa apa susah, nko tuang kan sebaldi air, dahh jadi kuah dia. Mat masak kurang lebih 1/2 kilo sotong, tapi ini bukan sotong yang besar, yang ni saiz comel2 jee. Jadi tak payah nak bersiang bagai, cuma perlu cabut kelapa dia (sadis nya bunyi!), lepas tu, buang dakwat dia, cuci bahagian dalam badan sotong dan toskan. Lepas tu, gaul sotong tadi dengan serbuk kunyit, tepung jagung dan sedikit garam. Mat guna 1/2 ketul kiub ikan bilis, yang ni optional, takmo guna pun tak dosa. Kalau nak letak cili padi pun sedap. Menu macam ni simple dan cepat disiapkan. Satu lagi jangan masak lama2 sotong tu, nanti jadi keres jelatu....Kalau nak cuba, resipi seperti dibawah..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram sotong saiz kecil
1 camca teh serbuk kunyit
3/4 camca teh tepung jagung
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 biji cili hijau, hiris (atau boleh guna cili padi)
1/2 inci halia, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 kiub pati ikan bilis (optional)
2 pokok daun bawang, hiris
1/2 camca besar sos tiram
1 cawan air
Garam (jika perlu) dan gula secukup rasa
Daun sup untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong diasingkan kepala dan badannya, buang dakwat sotong, cuci bersih, toskan. Gaul dengan serbuk kunyit, tepung jagung dan sedikit garam (anggaran 1/2 camca teh). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan sotong dan kacau rata. Masukkan bawang besar, cili dan kiub ikan bilis (hancurkan). Kacau rata.
  3. Tuang air, dan bila mendidih, masukkan hirisan daun bawang. Tambah garam secukup rasa (jika perlu) dan secubit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hias dengan daun sup sebelum dihidangkan panas...

11 comments:

Ummiakid @ lily said...

memalam cm tayang sotong le pulak...sungguh kejammm sebab peberet tapi x leh makan selalu sebab kegatalan tahap maksima akan menyerang...

JIJI YU said...

menangies2 tgk sutung

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...

alaaa...sedap tuuuu...tp gatal ler hidung klu mkn...huhu

Rozuan Ismail said...

amboi,sedap sungguh sotong dia

minsal said...
This comment has been removed by the author.
minsal said...

Assalamualaikum.

Memang sedap masakan ni.Tapi yg.buat tergelak sangat tu...kalau nak buat kuah,kena tambah air satu baldi..lawak sungguh Che Mat.

suzie rahman said...

salam abg mat. rugi nya msk tp xmkn. :0) sy rela gtal demi sotong tu.hihi. nak skit :)

Lily Jaafar said...

hahahahaha kelako baca tajuk abg Mat..hahaha

Ziera Ieyah said...

uh lapo terus da tgk gmbo tu aje. huhu

Sis-Lin said...

As salam Mat..

Oooo sotong, kau pergi jauh dr Mat gebu, tp dtg dekat pada ku ye..hahahaaaa

ladyfisz said...

Abg Mat yang nampak macam daun tu daun limau purut ke daun kari ke daun apa? nak try ni sbb mcm campak2 je dah siap.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.