BEN ASHAARI

Sunday, March 18, 2012

SINGGANG ASAM IKAN SELAYANG

Singgang Ikan Selayang
Singgang ikan selayang atau ada juga orang panggil ikan sardine. Ikan selayang ni sedap juga kalau dibuat laksa, manis rasanya terutama ikan yang segar. Mat masak singgang ikan yang mudah dan ringkas. Satu masakan yang juga boleh dihidangkan bagi ibu2 yang bersalin, kira lauk dalam pantang juga. Kalau nak lagi hangat, boleh tambah lada hitam sikit dalam dia. Yang ni mat guna kiub ikan bilis sebagai penambah perisa, tapi bagi anda yang tak nak, boleh abaikan. Sebagai penambah aroma, mat campakkan sekuntum bunga kantan. Singgang ini satu masakan ringan dan ringkas. Boleh dihidangkan pada bila2 masa. Selain sihat, ia juga mudah disediakan. Kalau anda ada ikan segar, yang baru ditangkap, singganglah resipi paling mudah untuk anda nikmati kesegaran rasa ikan tadi. Kanak2 juga menyukainya selain elok bagi mereka2 yang kurang sehat atau demam....Menjadi tradisi jika ada entri masak2 wajib ada resipi walaupun ia amat mudah dan ringkas...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan selayang bersaiz besar (atau apa2 ikan pilihan anda)
1 kuntum bunga kantan, belah dua
1 biji cili hijau, belah dua
1 biji cili merah, belah dua
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, hiris nipis
1/2 inci lengkuas, dititik
1 inci kunyit hidup, hiris dan diketuk
1 kiub ikan bilis (optional)
6 biji tomato ceri, belah 2 setiap satu @ 1 biji tomato biasa, belah 6
2 keping asam gelugor (tak suka masam, letak 1)
Garam dan secubit gula
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan toskan. Dalam periuk, satukan bawang besar, halia, lengkuas, bawang putih, kuyit, asam gelugor dan air secukupnya Masak hingga mendidih. Masukkan kiub ikan bilis (jika guna).
  2. Tambah ikan dan masukkan bunga kantan. Masak dengan api sederhana hingga ikan masak. Masuk belahan cili merah dan hijau. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Akhir sekali masukkan tomato ceri, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat dan sambal belacan.

8 comments:

dapurCikWan said...

rasa lapar plak tgk ikan tu... =)

Mat Gebu said...

@ dapurcikwan - salam cik wan...terima kasih sudi komen ^__^

dapurCikWan said...

sama2 PCM! =) mintak sikit ikan tu...hihihi + nasi sepinggan...

Amie said...

sedap ni hirup kuah singgang time tengahari begini... pecahkan 2-3 biji cili padi...terbalik mata!

Sis-Lin said...

As salam Mat..

Mat, aku nampak lain pulak font tulisan ko ni, nampak kemas dan tersusun aje..hehehe sebelum ni pun cantik, cuma besar je..yg ni nampak kecik tapi kemas..heheheheh

Singgang ni, kalau time panas mcm ni mmg sedap hirup kuahnya kan...
Time tumis tu sedapp aje baunya kan.. :)

Ckin Kembaq said...

ada kawan ckp gak pasal singgang ni..ni baru tengok resipi...nak amik naa..tq.. ^_^

Cik FaRiZaM said...

i like singgang, di makan dengan budu + ulam + ikan tawar. mmg masyukk

ctzainal said...

mat,suke sy bace blog mat ni.resepi yang mudah and senang nak buat!

sy suke buat singgang, makanan org diet. hehe!