BEN ASHAARI

Saturday, March 3, 2012

SEDAP WALAUPUN AGAK MENGERIKAN...

lemak cili padi babat
Serius, memang agak ngeri tapi sedap. Cuma kalau makan tu agak2lah, jangan sampai habis sepiuk, yang tu memang nak bunuh diri sangat2. Lemak babat dengan rebung masakan biasa bagi orang2 Negeri Sembilan. Mat pun selalu juga masak. Tapi bukan lah kerap. Babat atau perut tuala yang mat guna ni dah siap dibersihkan dan boleh dimasak. Mat letak rebung sebagai bahan sampingan, tapi bukan rebung yang berjeruk, yang ini guna rebung madu. Sebenarnya hari nie mat berniat nak cuti, malas nak on9..malas nak tengok blog, tapi sebab dah masak, baik letak. Itu saja nak tulis, kita lihat resipi...terima kasih pada mereka yang masih sudi singgah..

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram babat @ perut tuala, potong dadu pada saiz sederhana, cuci dan toskan
2 cawan hirisan rebung madu
4 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1/3 cawan cili padi kampung (boleh kurangkan)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3/4 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan babat ke dalam periuk bersama bahan kisar halus dan serai titik, kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan cair, kacau rata dan biar mendidih. Tambah rebung dan masak hingga rebung lembut (tambah sedikit air jika perlu).
  2. Masukkan asam gelugor dan tuang pati santan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau lagi dan biar mendidih dengan api perlahan dan kacau selalu. Masak sekejap lagi dalam 5-6 minit, rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan.

11 comments:

Mas said...

perhhhh..menyelerakan betoiiii....
tak yah lauk lain dah..
tapi klu geng ngan ikan goreng...
lagi terangkat..he3

Azura Mendezz said...

Wahhhh...seblom ni Cik mendezz tau makan jek lauk ni..
lpeas ni ley try masak pulak..
hehe! =D

mademoiselle ten said...

hmmm...sedapnya... kalau buat kerabu pun best gak... malangnya saya sorg jer yg makan so masak sendiri is not an option...

JIJI YU said...

babat tu bahaya ke

FMT said...

Jusy nak ucap terima kasih pada che mat atas semua resipi2.

Cik FaRiZaM said...

kenapa mengerikan plak???sedap je tu

Scarlett O'Hara said...

Sedap tu Mat.Mat, letaklah resipi arisa pulak.Akak nak belajar.

minsal said...

Assalamualaikum.

Sedap masakan ni....tak boleh tengok lama2 gambaq tu,nanti terliur sangat2.

zulfikar hazri said...

ni salah satu gak feveret aku ni mat!

Sis-Lin said...

As salam Mat..

Aku ni jarang makan dn beli rebung..tp klu nampak menu selera mcm ni, rasanya musti nak cuba gak..huhuhu betul kata org, air tangan kita masing2 lain kannn...huhuhu

Hazwani Fazil said...

hehe..perut tuala..klu org utara panggil kitab..sbb mcm buka rupanya..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.