BEN ASHAARI

Monday, March 19, 2012

SARAPAN SAMOSA "SUE JOSHUA"...ERKK!

Samosa
Morning semua, assalammualaikum. Dah sarapan? Mat pagi ni sarapan samosa. Tapi bukan mat buat, dapat dari seseoreng. Teman blogger, orang Johor juga, lawa orangnya slim je walaupun beranak 3, dah besau2 anak dia...Siapa kah itu?..Dah semestinya Sue Joshua, hooo tak kenal ke, ok kalau tak kenal boleh lah kenal2, blog dia di sini. Dia datang tempoh hari ke rumah mat untuk menghantar "anu" yang mat beli. Esoknya dia dan suami serta anak koret dia terbang ke Mumbai, India. Kata Sue, samosa ni kakak dia yang buat, SEDAP OKEH!!.. tapi mat lupa nak tanya, ada kah ianya untuk dijual?... Sebab packing dia pun lawa, samosa pun tersusun kemas je. Mat pun pernah buat samosa dulu, lama dah tapi sekali je masa tu belum ada blog lagi. Mat buat guna kulit popiah (tapi samosa laaa ni memang mereka guna kulit popiah..kannnn). Jadi untuk yang ni mat tak letak lah resipi sebab bukan mat yang buat, lain kali lah kalau ada kelapangan waktu, mat gebu buat yea, tapi tak janji lah... Terima kasih sekali pada Sue dan juga kekanda beliau (erkk....apa pulak nama dia..lupa nak tanya...hmm)... Ok semua, jumpa dengan entri seterusnya nanti...Chowwwww!!!....


8 comments:

Sunah Sakura said...

canteknya teko tu

Sari Yusa Ibrahim said...

samosa free lagi sedap... lagilah kalau dari Sue Joshua, tu mesti CM yang geget kan... erkkkk!!

Cik FaRiZaM said...

sue joshua...pergh sedap nama tu ....sesedap makanan di atas

Cik FaRiZaM said...

tu mcm bukan kesan gigitan je. kesan di potong...hehe ~ cntik gambar.

Rozuan Ismail said...

sedap jugak samosa tuh

Amie said...

seronoknya ada orang sudi bagi ye mat...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sedapnyer samosa.saya gagal bab lipat tu encik mat.klu lipat mesti tak kemas..berlebih pulak lipatan tu.huhu

Ferdaus Mohd Othman said...

Apakah Yang Selalunya Menjadi Santapan Pagi Anda

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.