BEN ASHAARI

Wednesday, March 7, 2012

SAMBAL TUMIS UDANG PETAI.

sambal tumis petai
Salam....erkk, rasa macam takde entri pulak, jadi mat letak lah yang ini, entri tertinggal sebenarnya. Sambal tumis udang dengan petai ni mat masak atas permintaan bonda. Bila mat tanya nak tak masak sambal tumis petai dengan udang?..Terus saja dia kata baru nak suruh buat, tengok2 mat dah tanya. Mat guna udang kecil, abah mat suka guna udang bersaiz kecil, lebih terasa katanya. Ikut sahaja lah kan, jangan banyak membantah. Dan tadi pun mat ada masak sambal tumis juga...yang tu nanti kang masuk, tapi ok ke eks, dua entri sambal tumis dalam sehari...erkk...muntah?..huhu jangannnn, tak baik...kalau tak nak tengok, tutup mata ok. Bila berblog masak2 ni walaupun agak berbeza dari blog personal, tapi kesamaan secara tak langsung tu tetap ada. Jadi apa yang kita masak dan jika rasa boleh dikongsi bersama, apa salahnya, mungkin jengkel pada padangan kita, tapi tidak pada pandangan orang lain...ada mutut tak apa waa tulis?...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan isi udang bersaiz kecil yang telah dibersihkan
4 papan petai, ambik isinya
1 biji bawang besar, hiris kasar
2 - 3 senduk nasi cili kisar
3/4 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk perasa (mat tambah)

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
1 inci belacan
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar dan terus menumis hingga cili garing. Tuang jus asam jawa, kacau rata dan biar pekat. Masukkan petai dan bawang besar hiris, kacau rata.
  2. Tambah udang, perasakan dengan garam secukupnya, serbuk perasa (jika guna) dan gula. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi atau boleh dicicah dengan ubi, lempeng atau roti.

13 comments:

mama ju, said...

Salam

Ini feberet mama !
Cuti sekolah ni ke mana cik mat?

Saya Disini said...

erm..telan air liur lgi

Sis-Lin said...

As salam Mat...

Alaaaa aku tak kira le bau ke apa ke, bg aku semangkuk, mau ngadap sampai habiss....sedapnyaaaaaaa..

Dah kencing jirus spray pakai baygon nyamuk..hahahaaaaa

kakchik@ella said...

feveret KC tp takmo petai. hihi.

Diariku said...

sambal tumis my feveret eva!

Sari Yusa Ibrahim said...

lama dah kita tak buat sambal udang petai, udang mencanak2 harganya skrg. Lain kali CM masak sambal apapun tak kisahlah, yg sound tu jeles sbb dorg takde can buat smbl selalu, hehe

*o* hati iza (*,*) said...

ermmmm teringat sambal udang mak dkt kampung

Jasman said...

wow...

laskar pelangi said...

aduhai....peveret niiiiii...ni yg tak sabar nak balik rumah.balik rumah nanti,nak suruh mama masak menu ni :)))) mmg akan tambah nasi =D hihi~

Shiela Latif said...

manyak mutut che mat...

faa.rosli said...

sodapppp!

masmofa said...

pehhh...sedapp!da lame ngidam...sok masak ..hihi~

Rozuan Ismail said...

sambal petai udang ni memang masakan turun temurun

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.