BEN ASHAARI

Wednesday, March 28, 2012

SAMBAL TEMPOYAK UDANG BERPETAI

rsz_dsc_0703
Malam semua, entri akhir untuk hari Rabu ni, mat share satu masakan tapi sungguh besssss, cuma tak sesuai bagi mereka yang tak makan tempoyak dan petai...maaf yea. Hmm, nak sentuh sikit pasal idea untuk berblog. Jangan fikir menulis entri itu mudah. Bila kita nampak blog diupdate maka kita pun ingat mereka2 itu punya idea mencurah2....tak selalu macam tu. Sama seperti blog masakkan, kadang kala idea buntu, dan nak masukkan satu2 entri ulang tayang akan timbul rasa serba salah (itu dulu, sekarang tidak...). Begitu juga dengan blog penulisan, ada masa idea datang bak air, ada masa beku bak ais. Jadi kita sebagai blogger, sebagai pembaca blog harus lah faham, kita semua ni manusia, bukan robot yang diprogramkan. Jadi elakkan rasa keterpaksaan, OK!. Bercerita pasal resipi yang mat buat ni, ia agak pedas, mat guna kurang lebih 1/2 cawan cili padi dan 3 biji cili merah. Jadi bagi anda yang tak tahan pedas dan jika ingin mencuba, sila adjust cili padi tu ikut tahap kepedasan yang anda inginkan, boleh kannnn?...Sebelum kita lihat resipi, singgah kejap di blog pilihan DTS di sini...Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3/4 cawan isi udang, cuci dan toskan
2 helai daun kunyit, mayang halus
1 keping asam gelugor
2 camca besar tempoyak
2 papan petai, ambil isinya
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air

BAHAN KISAR HALUS :-)
1/2 cawan cili padi kampung
3 biji cili merah
5 biji bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
1 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan tempoyak dan kacau hingga rata. Tambah asam gelugor dan air, kacau dan biar mendidih. Tambah petai dan masak sekejap.
  2. Masukkan udang, gaul rata dan masak hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Tambah daun kunyit yang dimayang halus, gaul rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.....serius boleh pengsan >__<

9 comments:

Ilhamkreatif said...

salam...CMG...Wooo.. 1/2 cawan cili padi tu..Mesti berasap telinga ni,tapi apa2 pun i like...nanti nak cuba buat lah.Hari ni saya buat kerabu mangga kerisek ala siam dari dapur CMG..sangat2 sedap.Izinkan saya syer
dlm blog saya.Jemput lawat ye...follow

akuanakpahang said...

Salam, kalau sebut tempoyak apa2 pun akan jadi best :)

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Cik Mat. Baik udang, petai, tempoyak, semuanya my fav.

Sy setuju sgt dgn apa yg CM ckp tu ;-)

Citarasa Rinduan said...

cmg.. walau bagaimana ayu sibuk.. aku akan usahakan berblog..
bukan apa, kita dah macam 1 kluarga kan...

wahhhhhhhhhhhh.. tempoyak... sedapnya

Chah said...

Perfect 10!

dapurCikWan said...

pengsan! hehehe..i like petai. =)

wanie said...

Alamak tempoyak la plak...gugur diet Waniey...

Sis-Lin said...

Semalam nak komen, dh malam, blog dh tutup pintu.kekekek *pakai HP*.

So tghri ni aku komen, mesti dh habis kann..klu simpan peti ais mesti air dlm botol semua bau tempoyak gan petai..kekekekeke

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh br nmpk hr tu zulfikar kata mkn udang tempoyak.cik mat pulak buat ..menggoda nyerrrrrrrrr

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.