BEN ASHAARI

Thursday, March 29, 2012

PIZZA ROTI ARAB..

rsz_dsc_0920
Salam....tak masak apa sangat hari ni, petang tadi saja lah membz kan diri, cuaca pun mendung macam nak hujan, tapi tak hujan, nak buat kerja2 kat luar pun terbantut. Pagi tadi ke Tesco dan masa beli roti, ternampak ada jual roti arab, satu bungkus ada 4 keping, agak tebal juga. Saja lah mat beli, kot2 boleh buat sesuatu, dan boleh juga letak kat blog sebagai entri. Hmm, ada kala agak memeningkan juga. Tapi orang dapur harus kreatif dalam menyusuaikan bahan2 yang ada untuk dijadikan sesuatu yang boleh di makan, lagi lah kalau anak2 kita yang agak cerewet untuk menjamah makanan. Mat check dalam peti sejuk, ada traffilight capsicum, cendawan butang dan baki mozarella cheese. Kalau kita buat pizza ok gak kan, tapi ini jenis pizza cepat buat punya, takde doh2 bagai cuma guna roti arab saja....

rsz_dsc_0960
Cara membuatnya amat mudah, tak banyak kerja. Kalau tanya rasa dia macam mana, ok tadi mat makan 1/4 bahagian ( itu je had untuk mat gebu rasa...huhu...) dan rasa dia kan..kan...kan...sedapppp, dengan base roti arab tu yang rangup bahagian luar tapi lembut ditengah dan bahan2 atasannya, sayur2an segar. Mat cuma sapu dengan sos tomato. Mat guna juga sedikit fresh thyme, yang tu optional, kalau tak nak, tak payah guna. Keju pulak mat tak berapa suka parut, tapi mat lebih suka, ia dihiris nipis kemudian susun atas bahan sayuran tadi, bila bakar ia akan mencair rata jee, itu mat lah, kalau anda terpulang samada nak parut dan tabur, atau hiris dan susun. Ok lah, sebelum kita lihat resipi, nak ajak lah anda yang mana sudi membaca satu entri mengenai kanak berusia 12 tahun bertarung nyawa melawan penyakit luekemia, di sini...Terima kasih.. (^__^)

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping roti arab, dibelah dua
4 camca besar sos tomato
Hirisan keju mozarella secukupnya
Sedikit serbuk lada hitam
3 camca besar ikan tuna dalam tin, ditoskan
Herba thyme segar (optional)
Sos kegemaran anda untuk mencicah

BAHAN-BAHAN SAYURAN :-)
1/4 biji trafficlight capsicum, didadu kecil
1/2 biji bawang besar, didadu
4 biji buah zaitun hijau, hiris
4 biji buah zaitun hitam, hiris
2 kuntum cendawan butang segar, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, roti arab dibelah dua dan susun dalam loyang pembakar. Sapu setiap permukaan roti arab tadi dengan 2 camca besar sos tomato, rata dan ketepikan.
  2. Keju mozarella dihiris nipis2, ketepikan. Bahan2 sayur dibahagi kepada 2 bahagian. Ambik satu bahagian roti yang telah disapu sos tomato tadi. Susun cendawan dan juga traffic light capsicum, buah zaitun hijau dan hitam. Rata kan 1 1/2 camca besar ikan tuna, tabur sedikit dengan herba thyme (jika suka) dan serbuk lada hitam, kemudian tutup permukaannya dengan keju mozarella yang dihiris tadi. Buat kaedah sama untuk baki bahan dan juga roti arab tadi.
  3. Bakar selama 20 - 25 minit atau keju mencair dan sedikit keperangan. Keluarkan dan boleh dihidang, sedap dimakan kala panas bersama sos kegemaran anda....Selamat mencuba!!!..

9 comments:

Sis-Lin said...

Pizza 1...!!!!
Panas tu bru kuar dr oven..sedapnyaaaa lg2 klu kulitnya rangup kannn..aku x suka yg kulit liat2 tu..huhuhu

Mat..lama ko x bt kek2...xde ke hati nk bt cheese kek ke, aku tumpang makan..kekekeke ;p

Ko OK ke? rasa x sedap hati la aku di sini.. ;((

m.u.l.a.n said...

menu dinner kami jugak tadi...

sama je selera kita hari ni ya mat.. tapi sebab penat dgn projek mega M9 semalam, maka nak angkat camera pon tak larat... tak sempat nak pukul gambar..

laskar pelangi said...

bestnya kalau rumah dekat dengan mat gebu.leh mat gebu antr makananan tiap2 ari..ehehe..

seronok betul kalau leh belajar masak ngan mat gebu...huhu~

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

perghhh...meleleh tgk.anak2 suka bw bekal camni gi sek.mudah dan kenyang

FasiHaH SupiaN said...

wahh ini tak payah pergi pizza hut dah nak makan pizza yang sedap...yummy

steffany daph said...

perh.. pizaa buatan sendiri :D glup3..

Rozuan Ismail said...

homemade pizza. so delicious =)

Citarasa Rinduan said...

cmg mmg kreatif..
hanya guna roti y sedia ada jadi pizza..terbaiklah

Cida de' Nuanza said...

pizza guna roti arab!! mcm menariksss je utk aku yg malas menguli doh ni (bukan malas sebenarnya, tp keras tgnnn!!)

re: cik mat oiiii...cek x dak pun pengukus buluh...cek guna pengukus besi ja...hahahhaha