BEN ASHAARI

Sunday, March 18, 2012

PASTA PENNE GORENG KARI...

Pasta Curry
Salam semua, diam tak diam dah masuk minggu ke-3 dalam bulan March, sekejap sungguh. Tau2 nanti dah puasa. Kita pun semakin tua dan bila usia meningkat ni perubahan akan berlaku tanpa kita sedar. Hari ni kalau ikutkan mat cuti masak. Pagi tadi kawasan sini keputusan bekalan air paip, senja ni baru nak ada. Tapi syukur alhamdulillah juga, sebab sekarang ni amat2 jarang dah kawasan kami keputusan bekalan air, kalau dulu...dalam seminggu mesti ada. Penempatan kampung Sedenak ni agak tinggi dan kedudukannya diatas bukit. Mungkin sebab itu tekanan air tak sampai (itulah alasan SAJ, kalau kita tanya...huhu). Hari ni mat masak pasta, tapi taknak pasta ala2 oreng puteh, nak pasta yang ada asian twist, atau fusion. Tadi mat jumpa dalam freezer Pasta Penne dalam 150 gram, pasta Penne tu sejenis pasta berlobang ala2 batang paip, dan dipotong serong2. Untuk resipi ni boleh makan 2 - 3 orang (ikut body). Selain pasta penne, anda boleh guna apa saja jenis pasta yang anda suka atau nampak menarik. Ok kita semak resipi mudah ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram pasta penne (atau apa2 jenis pasta yang anda suka)
1 batang sosej ayamas berlada hitam, hiris serong
6 biji tomato ceri, belah dua setiap satu
1/4 bahagian trafficlight cpsicum (merah, hijau, kuning) hiris memanjang
4 kuntum cendawan butang, hiris
1 biji bawang besar, dadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
3/4 camca besar cili kisar
1/2 camca besar rempah kari daging
2 camca besar sos tomato
1/2 cawan air rebusan pasta
5 - 6 helai daun kari
1 camca besar jus lemon
Garam secukup rasa (jika perlu)
Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pasta direbus dalam air mendidih bergaram hingga lembut atau ikut arahan pada paket. Toskan dan asingkan airnya untuk kegunaan kemudian.
  2. Panas minyak zaitun dalam non-stick pan atau kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari hingga harum. Masukkan cili kisar dan sos tomato, kacau dan tumis hingga garing, tambah rempah kari, kacau rata dan masukkan air, biar mendidih. Tambah sosej, cendawan butang dan trafficlight capsicum, gaul rata.
  3. Masukkan pasta kacau dan tambah garam jika perlu (mat tak letak sebab dah guna air rebusan pasta yang bergaram). Akhir sekali masukkan jus lemon, gaul rata, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama hirisan lemon.....

7 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

baru tau nama betul pasta ni... hehe..

Kita suka semua pasta, masak apapun kita suka.. sedappppp!

Mat Gebu said...

@ sari yusa - betul tu kak, makan dengan sup ayam pun sedap...

Cida de' Nuanza said...

ada spiral je dlm stok..leh coba ni!!!
yummmyyyy!!

Citarasa Rinduan said...

ayu pun kalau CMG tak syer, ayu tak tau...
thanks CMG....

hidang time petang dengan air panas.. layan hujan mmg best.. heheh

cik chinta said...

da mlm bute bc. tergode lbih.

zulfikar hazri said...

ni kalau buh isi ketam mcm sedap je ni!!! pehhhh

Cik FaRiZaM said...

perghhhh mesti sedap kan....nampak mcm pedas je..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.