BEN ASHAARI

Wednesday, March 21, 2012

PAIS IKAN PARI..

Pais Ikan Pari
Pais ikan pari pulak, semalam asam pedas. Jadi hari ni kita ubah sikit, buat benda lain. Sajalah semalam mat asingkan dalam 6 keping keratan ikan pari. Tujuan untuk dibuat pais ni lah. Resipi mat skodeng kat blog Puan Sari Yusa, tapi ehem ehem, sudah kasi derhaka sikit2..sori Kak Sari!. Resipi asal guna ikan mayong, di sini. Mat bukan tambah apa, cuma habiskan baki2 bahan dalam peti sejuk. Ada baki santan pekat dalam 2 camca besar, mat guna, lepas tu letak daun selasih sikit dan dalam rempah dia, mat cempak secubit belacan.. tu saja...apa lagi eks, oo adaa, asam jawa mat ganti dengan jus limau kasturi...erkk banyak gak derhaka..erkk!!...sori... Pais selalu dipanggang dan, masa ini lah kuali ajaib memainkan peranannya. Serius senang, kalau tak caya mat kata, sila baca entri ini. Amacam, betul tak senang?..Mana2 yang tak pasti rupa kuali ajaib tu macam mana, kat sini ada...Ok tu saja, sekarang meh kita menatap resipi dia pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 -6 kepingan ikan pari, cuci bersih dan ketepikan
1 genggam daun selasih (optional)
2 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa
2 biji limau kasturi, perah jusnya
2 camca besar santan pekat
2 camca besar penuh cili kisar
Daun pisang secukupnya

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai (mat guna 2)
1 inci kunyit hidup
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan2 tumbuk halus dengan santan, cili kisar, jus limau kasturi dan perasankan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata. Masukkan ikan pari tadi dan gaul rata2. Perap sekejap dalam 15 minit.
  2. Sementara itu sediakan daun pisang, kalau susah lipat, salai sekejap atas api biar lembut. Guna 2 helai daun pisang untuk membungkus. Alas dengan sehelai daun kunyit. Kemudian letak 3 kepingan ikan pari yang diperap tadi, letak juga rempah2nya. Tabur sedikit daun selasih, kemudian bungkus elok2 dan semat dengan pencungkil gigi. Buat kaedah sama untuk baki bahan2 tadi.
  3. Kemudian panggang hingga masak, kurang lebih 25 minit. Hidangkan panas bersama nasi atau boleh makan macam tu sahaja. Kalau tak cukup masam, perah lagi jus limau kasturi.
CATATAN MAT GEBU :- Bahan2 tumbuk hiris halus dulu sebelum ditumbuk, tujuan untuk memudahkan kerja atau anda boleh kisar halus, tapi bila kisar, ia akan jadi berair (kecuali anda guna pengisar kering). Untuk itu tambah 1/2 camca teh tepung jagung ke dalam rempah tadi, dengan ini masa anda panggang ia akan lebih melekat pada ikan tadi....Selamat mencuba!!... (^__*)


7 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

Wahhhh, lain kali kita nak guna ikan pari pulaklah, sebab husband tak makan ikan mayong..

Terima kasih banyak kerana sudi mencuba w/pun macam trlebih jer derhakanya.. hehehe.. kita yg buat diakan...

Mrs Lurve said...

xpernah try pun guna ikan pari...nmpk sedap, selalu buat guna ikan kecik2 tue..ikan pe ntah

Chah said...

ohhh aku terguda!! tq resepi n tips tu cik mat....

Nieza said...

Assalam Cik Mat, terliur sudah tgk pais ikan ni...sedapnya!dah lama tak mkn ikan pari kat sini tak ada jual.

Pemandu Teksi JB said...

Macam sedap, resepi yang tak pernah saya rasa...

Sis-Lin said...

Huwaaaaaaaaaa boleh giler meroyan aku ni selagi xdpt kuali panggang ajaib tu..huwaaaaaaaa :((

Lesung Batu said...

Salam kenal Che Mat..sy minta izin copypaste resepi ni di blog sy yea..sy dh cuba & rasanya mmg sedap! credit tuk Che Mat.. :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.